Jalani Dua Sesi Kaunseling, Haniff Hamzah Lalui Episod Trauma Kegagalan Rumah Tangga

Hiburan

Jalani Dua Sesi Kaunseling, Haniff Hamzah Lalui Episod Trauma Kegagalan Rumah Tangga

Penyampai radio Era FM, Haniff Hamzah mengakui episod trauma dengan kegagalan rumah tangga tiga tahun lalu sudah berjaya dilenyapkan.

DJ Lin
3 years ago

"Mungkin Orang Tak Nampak Kesusahan Saya.." - DJ Lin Kongsi Dugaan Bercerai

Advertisement

Selepas menjalani dua kali sesi kaunseling bersama doktor pakar, Hanif meluahkan rasa syukur segala beban yang terbuku di hati akhirnya pulih.

Haniff, 34, berkata semua orang yang melalui episod perceraian akan melalui fasa trauma. Bagaimana kita layan trauma itu adalah hak kita. Sejujurnya dia sudah melayan trauma yang dia lalui.

Saya bulatkan hati nak jalani rawatan itu pun sebab kawan saya yang syorkan kerana saya seorang yang kuat berahsia. Jadi dia nasihatkan untuk saya kongsikan segala masalah kepada individu tidak dikenali.

Tambahnya lagi, dia tidak menyangka selepas menceritakan segala yang terbuku di hati akhirnya dia berasa lega dan boleh ‘move on‘. Malah, Haniff juga mencadangkan kepada pasangan yang ada masalah rumah tangga untuk mendapatkan rawatan kaunseling kerana ia sangat membantu.

Selepas tiga tahun bergelar duda, Haniff akui masih belum terfikir untuk mencari peneman hidup, sebaliknya dia ingin mengukuhkan kewangan dirinya terlebih dulu.

Hanif berkahwin dengan Wan Katherina pada 12 Jun 2010 dan bercerai tiga tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki, Tuah Kaliff dan Jebat Kaliff.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...