“Mungkin Orang Tak Nampak Kesusahan Saya..” – DJ Lin Kongsi Dugaan Bercerai

Hiburan

“Mungkin Orang Tak Nampak Kesusahan Saya..” – DJ Lin Kongsi Dugaan Bercerai

Penyampai radio terkenal DJ Lin berkongsi dugaan penceraian yang telah memberi banyak pengalaman sekali gus mengajar erti kesusahan yang sebenar dalam kehidupannya.

DJ LIN
3 bulan lalu

Diangkat Sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai, DJ Lin Terima Anugerah Lagi

Advertisement

DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid mengakui ia bukan sesuatu perkara yang mudah untuk menjalankan kehidupan sebagai ibu tunggal selepas berpisah dengan bekas suami.

DJ Lin, 45, berkata sebagai ibu tunggal, dia banyak belajar erti kesusahan kerana semasa perpisahannya dengan bekas suami, dia terpaksa keluar dari rumah dan pergi mencari rumah sewa dan membeli tilam, baldi, seperti orang yang baru nak masuk rumah.

Advertisement

Kesusahan itu tidak dapat digambarkan, mungkin orang tak nampak kesusahan saya tapi saya okay sebab saya yang memilih untuk itu jadi saya kena terima apa jua risikonya.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu menjelaskan situasi yang terjadi pada dirinya itu secara tak langsung menjadikan dirinya wanita yang kuat dan tabah.

DJ Lin

Penyampai radio Suria FM itu berkata ketenangan hati adalah penting kerana susah jika hati kita terganggu dengan semua emosi, jadi biar kita menyendiri.

Saya memang belajar untuk menjadi seorang wanita yang kuat sejak saya bercerai dan saya berterima kasih pada Allah kerana daripada pengalaman, kesakitan yang dilalui itu saya boleh berkongsi dengan pendengar Suria Cinta.

DJ Lin tidak menafikan apabila sudah melepasi fasa penceraian, dia sebenarnya banyak belajar perkara baru dan mengenali kekuatan yang ada pada dirinya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    October 27, 2021 at 8:12 am

    kenapa mesti nk bercerita pasal penceraian pd umum… dh cerai dh la, anggap jodoh xde. ni xpenah2 kua cita skali dan2 bile dh cerai sume nk cerita, tutup la aib masing2 cyah d buah mulotkn hal peribadi. jaga la perasaan keluarga kedua pihak

  2. Anon

    October 26, 2021 at 6:44 pm

    Kenapa selalunya lepas cerai perempuan yg keluar rumah? Lelaki2 Malaysia ni dayus ke apa, sanggup biarkan bekas isteri terkontang kanting macam tu..tolonglah nasihatkan kawan2 lelaki yg bakal bercerai..jangan ikutkan kata hati, jadilah gentleman walaupun hati korang sakit..ni perempuan yg dh mengandungkan beranakkan anak korang..tolonglah fikir baik2

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...