Harga rumah di Lembah Klang sekarang sememangnya tidak masuk akal. Rumah teres intermediate sudah hampir mencecah jutaan ringgit. Apa yang paling menyedihkan ialah apabila kondominium yang saiznya 800-900 kaki persegi sudah berharga RM500 ribu ke atas. Memang boleh garu kepala dibuatnya kalau baru nak beli rumah. Kalau gaji setakat RM6,000, jangan haraplah nak boleh beli rumah di KL nie. Kesian kat generasi muda sekarang ini yang pasti serabut memikirkan masalah ini.
Jadi apabila adik Abang Nara yang baru tamat belajar di UK bertanyakan mengenai rumah mana yang sesuai untuk dibeli pada harga yang berpatutan, Abang Nara terus teringat mengenai projek perumahan KEN Rimba di Shah Alam. Kalau korang ingat, dulu Abang Nara pernah ceritakan mengenai projek Legian Residence yang telah pun ‘sold out’. Masa tue salah seorang sales officer Ken Rimba ada memberitahu Abang Nara mengenai projek kondominium mereka yang akan dibuka untuk tempahan. Katanya harga jualan yang ditawarkan sangat menarik dan berbaloi untuk dimiliki.
Terus Abang Nara pun buka Facebook Greenbook by KEN Holdings Berhad untuk mendapatkan informasi lanjut. Melompat kegirangan Abang Nara apabila melihat tempahan sudah pun boleh dibuat untuk KEN Rimba Condominium 1 ini. Apabila tengok harga, makin tinggi lompatan Abang Nara. Bermula daripada RM399,000 sahaja. Jauh lebih murah berbanding dengan projek perumahan pemaju lain. Keesokan harinya selepas menghantar anak ke sekolah, Abang Nara terus pergi untuk melihat sendiri ‘show unit’ KEN Rimba Condomininium 1 ini.
Untuk makluman, ada 2 jenis kondominium yang akan dibangunkan di KEN Rimba yang diberi nama KEN Rimba Condominium 1 dan KEN Rimba Condominium 2. Fokus Abang Nara ketika pergi ke showroom hanyalah pada KEN Rimba Condominium 1 disebabkan harganya yang amat berbaloi iaitu RM399,000 (freehold). Ini kerana keluasan unit Condominium 1 ini bukannya 800 atau 900 kaki persegi tetapi 1,119 atau 1,183 kaki persegi. Ini bermakna harga yang ditawarkan ialah RM357 untuk 1 kaki persegi. Bila Abang Nara tanya kenapa murah sangat, mereka memberitahu sebabnya ialah ingin berikan peluang kepada orang-orang muda dan juga pembeli pertama memiliki rumah sendiri. Terharu Abang Nara mendengar jawapan tersebut.
Dengan 3 bilik di dalamnya, apa yang lebih mengujakan Abang Nara mengenai KEN Rimba Condominium 1 ialah fasiliti yang boleh digunakan untuk bakal pembelinya. Ada swimming pool yang besarnya 50 meter iaitu saiz Olimpik, ada gim, ada gelanggang badminton, ada jakuzi, tempat makan, cabana dan macam-macam lagi. Swimming pool nya bukan swimming pool biasa. Ada khas untuk kanak-kanak dan untuk orang dewasa. Semua fasiliti ini khas untuk kegunaan para pemilik 3 blok KEN RIMBA Kondominium 1, 16 unit penthouse dan juga 26 unit pools Villa dalam KEN Rimba. Bila Abang Nara tengok rekaan yang dicadangkan, terbeliak biji mata ini. Cantik sangat-sangat. Penuh dengan kebiruan dan kehijauan. Kalau Abang Nara beli confirm tiap-tiap hujung minggu akan bersarapan pagi di swimming pool sambil menikmati hembusan angin.
KEN Rimba Condominium 1 juga telah dianugerahkan BCA Green Mark Gold Plus (Provisional) Award dan kerana fokus mereka untuk membina perumahan yang mesra alam buat para pemilik. Satu lagi yang mencuri perhatian Abang Nara ialah bumbung hijau yang meliputi kawasan gimnasium, tempat permainan kanak-kanak dan gelanggang badminton. Pasti ia akan meredupkan, menyamankan dan membuatkan mata yang memandangnya terasa tenang. Perkara-perkara kecil dan terperinci sebeginilah yang membezakan KEN RIMBA dengan perumahan yang lain. Lagi mengkagumkan ialah walaupun banyak ‘add on value’ diberikan, harga yang ditawarkan tetap lebih murah berbanding harga di luar. Dengan kemudahan seperti 3 lift (2 +1 lift bomba) untuk setiap blok, parking berbumbung untuk pemilik, dan kewujudan ‘sky bridge’ daripada parking kereta ke kondo, sememangnya KEN Rimba Condominium 1 sangat-sangat berbaloi untuk dimiliki sebagai rumah pertama atau pun sebagai pelaburan masa depan.
Daripada apa yang dimaklumkan kepada Abang Nara, sudah lebih 3,000 orang mendaftar untuk menjadi pembeli terawal KEN Rimba Condominium 1. Namun jangan risau, masih ada kekosongan lagi. Untuk makluman, showroom KEN Rimba dibuka setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 6 petang. Sales person nya pun semua mesra-mesra belaka.Semua persoalan akan dijawab dengan penuh informasi dan maklumat yang sangat padat. Tanya je apa-apa yang bermain di minda anda. Tarikan lain KEN Rimba ialah ada stesen komuter pada jarak ‘walking distance’ dan ada 109 unit komersil yang diberi nama KEN Rimba Commercial Centre (senang nak pergi kedai tak perlu keluar dari kawasan).
Terlupa pula Abang Nara nak maklumkan yang KEN Rimba Condominium 1 ini bakal siap pada tahun 2018. Sila buat kepastian dengan pergi melawat dan lihat sendiri dengan mata anda di showroom. Dalam showroom itu ada show unit KEN Rimba Condominium 1 untuk anda rasai sendiri betapa luas dan berbaloinya sekiranya anda membeli 1 unit kondominium ini. Untuk makluman, kesemua unit KEN Rimba Condominium 1 menghadap ‘north & south’ jadi tak panas kerana cahaya matahari, ada angin yang bertiup ke dalam unit kondo dan pemandangan luar pun sangat redup mata memandang.
Tunggu apa lagi? Dapatkan informasi lanjut dengan melayari www.kenholdings.com.my , LIKE Facebook Greenbook by KEN Holdings Berhad, LIKE Facebook KEN Rimba Legian Residences dan follow Twitter Ken Holdings. Kalau nak pergi ke showroom, alamatnya ialah KEN Rimba ,Jalan Sungai Rasau, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor . Gunakan GPS 3.057961,101.484768 untuk elak sesat. Kalau rasa sibuk tak berkesempatan nak ke showroom, anda boleh email sebarang persoalan menerusi [email protected] atau telefon mereka di 1300-22-9933.