Ken Rimba, Memang Sejuk Mata Memandang

Hiburan

Ken Rimba, Memang Sejuk Mata Memandang

Mencari rumah untuk tinggal buat selama-lamanya bukan satu perkara mudah.  Kena rajin pergi jalan-jalan untuk tengok kawasan perumahan yang ingin dibeli dengan mata sendiri.  Jadi apabila mendapat undangan untuk ke acara “house viewing” di Ken Rimba baru-baru ini, tanpa berfikir panjang terus Abang Nara bersetuju untuk hadir.

ken rimba

Advertisement

Ken Rimba terletak di Seksyen 16 Shah Alam. Abang Nara takut jugak sesat namun rupanya senang je nak ke sini. Guna Federal Highway dan susur ke kiri di exit Padang Jawa. Dari situ akan nampak signboard Ken Rimba. Followlah signboard tersebut sehinggalah sampai ke Ken Rimba di sebelah kiri.

ken rimba

Kalau dah namanya “house viewing” sudah tentu ada makan-makan. Jadi Abang Nara dan wife mengisi perut terlebih dahulu sebelum jalan-jalan tengok rumah contoh Ken Rimba.  Sambil makan kami mendengar penerangan mengenai Ken Rimba. Banyak fakta yang menarik antaranya ialah:

1. Kawasan perumahan Ken Rimba merangkumi 60 ekar tanah freehold
2. Ken Rimba merupakan Malaysia’s 1st Multiple Award Winning Green Township
3. Ada 2 fasa rumah teres, 2 fasa kondominium, rumah kedai dan commercial lot di dalam Ken Rimba.
ken rimba
Selesai mengalas perut, kami dibawa oleh salah seorang sales officer yang sangat peramah dan baik hati untuk pergi melihat rumah contoh Ken Rimba. Untuk makluman, fasa pertama rumah teres yang diberi nama Legian Residences ini sudah pun siap sepenuhnya. Dah ada pembeli yang pindah dah pun.
ken rimba

Belum masuk ke dalam rumah contoh Legian Residences pun Abang Nara dah kagum dengan keluasan jalan raya yang memisahkan antara rumah. Memang luas dan paling penting, nampak hijau sepanjang jalan. Penuh dengan pokok-pokok. Ken Rimba memang layak mendapat Malaysia’s 1st Multiple Award Winning Green Township.

ken rimba
Masuk je ke dalam rumah contoh Legian Residences, mata Abang Nara terus perasan kewujudan swimming pool di laman. Cantik membiru. Anak Abang Nara terus teruja dan menjerit keriangan. Nasib baik wife Abang Nara berjaya menghalangnya daripada melakukan terjun tiruk.
ken rimba
Dengan keluasan sehingga 2,200 kaki persegi, rumah dua tingkat Legian Residences mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Abang Nara perhatikan mutu kerja dan bahan yang digunakan adalah sangat bagus. Nampak sangat clean, kemas dan bersih. Sesuai dengan harganya yang bermula RM606,000.
ken rimba
Abang Nara dan wife terus buat macam rumah sendiri sebab teruja sangat. Abang Nara suka dengan ruang tamu Legian Residences yang nampak luas. Wife Abang Nara pulak teruja dengan keluasan bahagian dapur. Anak Abang Nara pulak teruja sampai terus merangkak di atas lantai.
ken rimba
3 bilik di bahagian atasnya pun memang nampak luas. Paling penting tak terasa panas sangat dan berangin. Master bedroomnya memang sangat luas dan dilengkapi dengan bilik air. 2 lagi bilik lain bolehlah Abang Nara gunakan untuk anak-anak nanti.
ken rimba
Namun yang paling penting bagi Abang Nara ialah fasiliti yang disediakan oleh Ken Rimba untuk penghuninya. Ada pak guard yang mengawal 24 jam sehari, taman permainan dengan gelanggang bola keranjang, dan basikal untuk ronda-ronda petang. Maintenance feenya hanya RM100 sahaja sebulan. Murah gila kan?
ken rimba
Daripada apa yang diberitahu, masih ada lagi beberapa unit (kesemuanya ada 328 unit) yang masih available untuk dibeli di Legian Residences. Abang Nara pun masih berfikir lagi. Mungkin nak tunggu fasa kedua rumah teres yang diberi nama JIMBARAN Residences. Sayangnya JIMBARAN Residences agak limited iaitu cuma ada 168 unit sahaja. Untuk makluman, pendaftaran untuk JIMBARAN Residences sudah pun dibuka.
ken rimba
Antara ciri-ciri menarik yang ada di Legian Residences ialah:-
1. Sistem bumbung yang membenarkan pengaliran udara
2. Bumbung yang transparent membolehkan cahaya matahari memasuki ruang
3. Tingkap bahagian bawah boleh dilaraskan membolehkan pengaliran udara yang semulajadi
4. Dinding bahagian luar menggunakan cat yang “heat reflective “
5. Cat yang rendah VOC digunakan untuk dinding dalam
6. Ada tangki tangkungan air hujan yang boleh digunakan untuk siram pokok bunga dan basuh laman rumah
7. Kehijauan yang menyeluruh – taman, lorong di belakang rumah dan mini roundabout
ken rimba
Secara jujur, Abang Nara sukakan suasana hijau, tenang dan keselamatan di Ken Rimba. Lagi satu kelebihan Ken Rimba ialah berdekatan dengan komuter Padang Jawa Shah Alam. Yang bestnya Ken Rimba siap buat walkway daripada Legian Residences sehingga ke stesen komuter tue. Memang terbaiklah!!!
ken rimba
Abang Nara nak cerita banyak pun tak boleh jugak sebab susah nak digambarkan dengan kata-kata. Apa kata korang pergi melawat dan tengok dengan mata kepala anda sendiri. Hubungi mereka menerusi telefon di 1300-22-9933/03-55119233 atau anda boleh email ke [email protected] untuk buat temujanji “house viewing”.
ken rimbaTurut dibuka untuk pendaftaran sekarang ialah Ken Rimba Condo dan 109 unit Ken Rimba Commercial Centre untuk jualan dan sewaan. Info lanjut sila layari www.kenholdings.com.my , LIKE Facebook Greenbook by KEN Holdings Berhad, LIKE Facebook KEN Rimba Legian Residences dan follow Twitter Ken Holdings.
ken rimba

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...