Tidak dinafikan ramai orang di luar sana yang suka menyalahgunakan kuasa yang ada pada diri mereka demi kepentingan diri sendiri.
Ini menyebabkan ramai yang tidak berpuas hati dengan sesetengah sikap pihak berkuasa dan hilang kepercayaan kepada mereka.
Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang lelaki apabila dia dikecam netizen kerana video TikTok yang dimuat naik memperlihatkan dia membuka siren kecemasan sepanjang perjalanan.
Oleh kerana tindakannya itu, ramai netizen dengan selamba mengecam perbuatan tersebut kerana dianggap mengambil kesempatan terhadap pengguna jalan raya lain.
Akan tetapi, segelintir netizen menasihatkan supaya tidak serta merta mengecam lelaki itu tanpa selidik kerana ramai yang tidak tahu tentang latar belakangnya.
Menurut netizen, lelaki itu merupakan seorang anggota ‘Unit Tindakan Khas’ dan sudah menjadi tugasnya untuk berbuat sedemikian.