“Jagalah Maruah, Dah Berumur Pun Macam Ni” – Terjerit-Jerit Sokong PM, Vida Dikritik ‘Over’ Sampai Tayang Dada

Trending

“Jagalah Maruah, Dah Berumur Pun Macam Ni” – Terjerit-Jerit Sokong PM, Vida Dikritik ‘Over’ Sampai Tayang Dada

Menerusi Instagram, usahawan yang sering dihimpit kontroversi, Datuk Seri Vida menyatakan sokongannya terhadap kepimpinan parti Barisan Nasional bersempena dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, rakaman dimuat naik olehnya meraih perhatian disebabkan hal yang lain apabila ramai warganet tidak suka dengan kelakuannya dan berpendapat aksinya keterlaluan.

Advertisement

Kata mereka, usahawan berusia 50 tahun itu seolah-olah sengaja mempamerkan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yang tertera di bahagian dada pada baju yang dipakainya.

Berdasarkan rakaman tersebut, Vida bukan sahaja menari-nari menunjukkan dada tetapi juga menjerit-jerit seperti selalu yang netizen lihat.

Rata-ratanya menegur Vida kerana aksi tayang dada meskipun berpakaian lengkap selain mengkritiknya kerana tiada perasaan malu dengan tingkah laku sebegitu.

Kenapa over sangat? Nampak murah kempen begini. Bangunlah, sekarang dah nak masuk tahun 2023.”

Meskipun begitu, segelintir pengikutnya menyatakan sokongan terhadap Vida kerana mereka juga turut memilih kepimpinan parti tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aeril Zafrel
1 year ago

(VIDEO) "Berapa Ribu Dapat Buat Video Camni?" - Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Pakai Baju PN Di TikTok, Netizen Perli Dah Lupa Diri?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...