Jaga Sensitiviti Dan Hormat Pada Keluarga Yang Hilang Orang Tersayang – Caprice ‘Sekolahkan’ PU Amin

Hiburan

Jaga Sensitiviti Dan Hormat Pada Keluarga Yang Hilang Orang Tersayang – Caprice ‘Sekolahkan’ PU Amin

Kenyataan PU Amin yang mendakwa pihak ulama di Indonesia bersepakat mengatakan bencana alam yang berlaku di Lombok dan Palu adalah disebabkan maksiat yang berleluasa mengundang rasa amarah dan kecaman netizen.  Tidak sepatunya kejadian itu disamakan dengan hukuman Allah SWT dan ia seakan memberikan gambaran buruk kepada agama Islam.

Advertisement

Perkara ini turut mendapat perhatian selebriti Caprice yang sebelum ini memang rajin memberikan pandangan terhadap isu semasa.

Caprice sama sekali tidak bersetuju dengan dakwah yang cuba disampaikan oleh PU Amin dan menurut beliau, kita seharusnya menjaga sensitiviti dan menghormati penderitaan mangsa-mangsa bencana tersebut yang bukan sahaja kehilangan tempat untuk berteduh tetapi orang yang tersayang. Sepatutnya kita mendoakan keselamatan saudara sesama Islam kita di Indonesia dan bukannya membuat sebarang andaian tentang bala yang diturunkan.

Dalam pada itu, PU Amin menerusi ruangan komen di akaun Instagram Caprice memohon maaf atas keterlanjurannya itu dan menerima segala kecaman dengan hati yang terbuka.

Betul apa yang dikatakan oleh Caprice itu, daripada berdebat mengenai isu ini, lebih baik kita berdoa agar kesemua mangsa yang terlibat berada dalam keadaan selamat. Tidak salah untuk berdakwah tetapi dalam kelantangan jangan lupa juga untuk menjaga adab kita sesama manusia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

52 Comments

  1. Anonymous

    October 3, 2018 at 1:23 pm

    dulu aku penah tgk , tak sure ustaz harun @ hafiz din tazkirah kat tv.. (sbb muka nk sama.. :-) ) dia cakap bala selalunya terjadi sebab Tuhan marah. Tuhan nak tegur.
    susah jugak nk ckp org zaman la ni. ditegur cara baik tak jadik… ko nak Tuhan bagi TEGUR jugak ke kat kita kat Malaysia ni baru ko nak berubah…???

  2. PU Ku

    October 3, 2018 at 12:15 pm

    nak komen lebih2 guna fakta dari ayat2 suci al quran ——
    Di dalam surah Asy Syura ayat 30, Allah berfirman yang membawa maksud;
    “Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (akibat perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa), dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dosa-dosa kamu.”
    Ayat ini jelas menunjukkan bahawa segala bala yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh dosa-dosa manusia. Sekiranya Allah itu tidak mempunyai sifat pemurah dan penyayang, sudah pasti setiap dosa yang dilakukan oleh anak Adam akan ditimpa bala dan musibah yang tidak putus-putus. Tetapi kerana Allah itu bersifat Maha Pengasih lagi Maha Pengampun maka banyak dosa-dosa manusia diampunkanNya tanpa dibalas dengan bala.
    Setiap bala yang diturunkan dan setiap musibah yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh dosa dan kesalahan manusia itu sendiri. Apabila Allah menurunkan balaNya, bala ini bukan sahaja menimpa mereka yang bersalah dan berdosa sahaja tetapi menimpa keseluruhan manusia.

  3. Anonymous

    October 3, 2018 at 11:49 am

    CAPRICE… lu SAPA? SETAKAT RAP JE TAU…TAKYAH COMMENT LEBIH2 LAH

  4. enournamous

    October 3, 2018 at 11:19 am

    Kalau tak tau hukum hakam, tak perlu la nak mengulas supaya tak nampak bodoh..!

  5. Anonymous

    October 3, 2018 at 10:52 am

    rasanya caprice ni yang x faham apa PU tu cakap cuba baca betul betul..ayooo bm pun x tahu baca.

Loading...