Perkara ini turut mendapat perhatian selebriti Caprice yang sebelum ini memang rajin memberikan pandangan terhadap isu semasa.
Caprice sama sekali tidak bersetuju dengan dakwah yang cuba disampaikan oleh PU Amin dan menurut beliau, kita seharusnya menjaga sensitiviti dan menghormati penderitaan mangsa-mangsa bencana tersebut yang bukan sahaja kehilangan tempat untuk berteduh tetapi orang yang tersayang. Sepatutnya kita mendoakan keselamatan saudara sesama Islam kita di Indonesia dan bukannya membuat sebarang andaian tentang bala yang diturunkan.
Dalam pada itu, PU Amin menerusi ruangan komen di akaun Instagram Caprice memohon maaf atas keterlanjurannya itu dan menerima segala kecaman dengan hati yang terbuka.
Betul apa yang dikatakan oleh Caprice itu, daripada berdebat mengenai isu ini, lebih baik kita berdoa agar kesemua mangsa yang terlibat berada dalam keadaan selamat. Tidak salah untuk berdakwah tetapi dalam kelantangan jangan lupa juga untuk menjaga adab kita sesama manusia.