Jaga Penampilan, Fahrin Ahmad Jalani Rawatan Tegangkan Muka Di Klinik Estetik

Hiburan

Jaga Penampilan, Fahrin Ahmad Jalani Rawatan Tegangkan Muka Di Klinik Estetik

Kini bukan sahaja kaum perempuan rajin menjaga kecantikan terutama di bahagian wajah malah golongan lelaki juga tidak melepaskan peluang untuk menjalani rawatan estetik bagi memelihara wajah daripada faktor penuaan.

Ini termasuklah pelakon dan juga personaliti TV, Fahrin Ahmad yang sentiasa mementingkan soal penampilan diri di mana dia khabarnya sering mendapatkan rawatan di klinik estetik untuk menegangkan kulit wajahnya.

Advertisement

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik klinik tersebut, Fahrin difahamkan telah mendapatkan rawatan yang dinamakan ‘Dual Lifting’.

Teknik rawatan kecantikan muka itu berfungsi untuk mengangkat dan menegangkan kulit yang kendur atau longgar sambil melicinkan tekstur dan kekuatan kulit.

Rawatan tersebut juga telah menelan belanja sebanyak RM8,000 itupun selepas tawaran promosi.

Tidak hairanlah pengacara program temu bual Wanita Hari Ini sentiasa tampak lebih segar dan berseri-seri kan!

3 years lalu

Fahrin Ahmad Dan Isteri Sedia Tambah Cahaya Mata Kedua

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...