Selepas berita perkahwinan Noor Nabila dan Engku Emran yang heboh kelmarin, Sharnaaz Ahmad juga dilihat ada memberikan kenyataan mengenai isu tersebut.
Katanya, bekas isterinya, Nabila berhak untuk merasa bahagia dan dia sentiasa menyokong pilihan wanita itu.
Terbaru, pelakon lelaki itu juga dilihat memuat naik entri di Instagram miliknya bagi mengucapkan selamat pengantin baru buat Noor Nabila dan Engku Emran.
View this post on Instagram
“Selamat pengantin baru Nabila dan Emran .. semoga berbahagia ke anak cucu. Jaga jebat elok elok naa.”
Rata-rata komen memuji Sharnaaz kerana sentiasa menyokong bekas isterinya selain ada yang mengatakan bahawa mereka berasa sebak membaca kapsyen yang mengiringi entri tersebut.
View this post on Instagram
Apa pun, harap Sharnaaz juga akan berjumpa pasangan yang baik selepas ini.