“Nabila Ada Hak Untuk Bahagia..” Sharnaaz Ahmad Ulas Khabar Angin Bekas Isteri Bakal Nikah Harini

Hiburan

“Nabila Ada Hak Untuk Bahagia..” Sharnaaz Ahmad Ulas Khabar Angin Bekas Isteri Bakal Nikah Harini

Tiada angin tiada ribut, timbul desas-desus yang mengatakan bahawa bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad bakal bernikah dengan bekas suami Lydia Cynthia Laura iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin pada hari ini.

Nabila SharnaazSumber : Instagram Sharnaaz Ahmad  

Tampil mengulas, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memberitahu bahawa dia sama sekali tidak mempunyai kuasa untuk mengesahkan perkara tersebut.

Advertisement

“Fasal nabila nak kahwin ka apa ka, saya rasa wartawan zaman sekarang memang 90 peratus tepat (khabar angin Nabila bakal kahwin). Tapi saya tak boleh nak komen lebih fasal benda ini sebab saya bukan dalam position untuk bercakap atau beri sebarang komen.”

Sharnaaz walau bagaimanapun menjelaskan bahawa jika benar perkara tersebut berlaku dan sudah ada pengumuman rasmi daripada pihak Nabila, dia juga akan mengeluarkan kenyataan kerana ianya berkait rapat dengan siapa yang bakal jadi bapa tiri Jebat nanti.

Advertisement

Google

Dalam pada itu, pelakon Isteri Misteri ini berkata, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Nabila dan merasakan bahawa bekas isterinya itu mempunyai hak untuk bahagia dengan cara yang tersendiri.

 “Saya hanya mendoakan kebahagiaan semua orang. Nabila ada hak untuk bahagia, so why not..semoga dia bahagia.” ujarnya lagi.

Terdahulu, Sharnaaz telah mendirikan rumah tangga bersama Nabila pada 30 Mac 2017 dan bercerai pada 9 Julai tahun lalu secara hukum hakam.

Hasil perkongsian hidup pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun setengah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    March 19, 2021 at 5:46 pm

    Nasib kau la NEPAL…..

Loading...