“Jaga Diri Semua..”- YDPA Al-Sultan Abdullah Cemar Duli Lawat Mangsa Banjir

Berita

“Jaga Diri Semua..”- YDPA Al-Sultan Abdullah Cemar Duli Lawat Mangsa Banjir

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilaporkan telah mencemar duli menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Seksyen 19, Shah Alam, hari ini.

Sempat menitipkan pesanan meminta agar rakyat sentiasa menjaga diri, turut berangkat bersama mengiring Agong adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Advertisement

Al-Sultan Abdullah dilaporkan telah selamat tiba ke perkarangan PPS itu dengan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda kira-kira jam 9.50 pagi.

YDPA BanjirSumber : Kosmo Online 

Baginda kemudian diberi taklimat secara menyeluruh oleh Mohd Faizal Abdul Raji selaku Pegawai Daerah Klang mengenai situasi terkini banjir terutamanya di kawasan terjejas teruk, Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini.

Tuanku difahamkan turut berkenan memberi sumbangan berupa wang tunai kepada setiap keluarga mangsa selain menyerahkan sumbangan barangan keperluan harian daripada Pasukan Bencana Istana Negara.

PPS tersebut yang telah dibuka sejak hari Isnin lalu telah menempatkan seramai 149 mangsa daripada 49 keluarga termasuklah 52 kanak-kanak dan dua bayi.

Selesai lawatan, Baginda kemudian berkenan berangkat untuk meninjau proses pembersihan di Masjid Taman Sri Muda yang terjejas teruk akibat bencana alam itu, seperti yang dilaporkan Kosmo Online.

Asyraf Wajdi Dusuki
2 years ago

Rakyat Bukan Suka-Suka Tuntut, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Minta Kerajaan Pertimbang Pengeluaran RM10K KWSP

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...