Pelakon terkenal, Shaheizy Sam beranggapan setiap penonton mempunyai hak masing-masing dalam memberi pendapat berkenaan filemnya yang tular baru-baru ini berjudul La Luna yang dikatakan mengandung unsur soft porn dan liberal.
Pandangan berbeza-beza
Menurut aktor ini, sebagai salah seorang pelakon yang terlibat dalam filem tersebut, dia tidak mahu memberi komen tentang pendapat-pendapat yang dilontarkan oleh netizen tentang cerita berkenaan.
Bagi Sam, dia hanya menerima komen yang diberikan dengan hati yang terbuka dan percaya niat sebenar seseorang hanya diketahui oleh Allah SWT.
Saya rasa pandangan manusia berbeza-beza, ustaz atau pendakwah pun ada pandangan yang berbeza. Jadi padangan siapa yang kita nak ambil?
Kalau bercakap mengenai nawaitu, kita buat sesuatu benda hanya Allah saja yang tahu.
Semuanya berbalik kepada manusia itu sendiri nak kaitkan dengan orang, diri sendiri, agama itu hak masing-masing. Saya terima pandangan orang.
View this post on Instagram
Tanya ustaz di Makkah
Bukan itu sahaja, mengetahui filem La Luna ini menjadi kontroversi, pelakon ini berkata dia sempat bertanya kepada beberapa orang ustaz di Tanah Suci Makkah mengenai filem tersebut.
Tambahan pula, walau terpalit kontroversi, Sam percaya Lembaga Penapisan Filem (LPF) pasti telah menjalankan tanggungjawab mereka dalam menapis karya tersebut sebelum ditayangkan kepada orang ramai.
Saya ada borak dengan ustaz di Makkah. Mereka sudah tengok, mereka kata tiada apa. Sebab tu saya cakap ada ustaz yang kongsi pandangan dia, ada juga yang bersama-sama saya.
Tapi saya ada perasaan selamat apabila kita tahu ada LPF. Saya tak rasa mereka akan lepaskan filem yang tidak elok ditonton oleh penonton Malaysia.
View this post on Instagram
Terdahulu, filem La Luna berjaya mencuri perhatian penonton apabila dikatakan seolah-olah memperlekehkan agama Islam dan boleh mengundang persepsi buruk daripada masyarakat di Malaysia.