Izzue Islam Nafi Isteri Berhentikan Penggambaran Kerana Adegan Bersentuhan

Hiburan

Izzue Islam Nafi Isteri Berhentikan Penggambaran Kerana Adegan Bersentuhan

Umum mengetahui bahawa Izzue Islam telah meletakkan syarat kepada pengarah untuk tidak meminta beliau melakukan adegan bersentuhan dengan pelakon wanita dalam sesebuah drama ataupun filem kerana ingin menjaga hati isterinya Awin Nurin.

Advertisement

Baru-baru ini, timbul dakwaan bahawa Awin telah bertindak tidak profesional apabila bertindak memberhentikan penggambaran drama  tidak berpuas hati babak bersentuhan suaminya dengan pelakon wanita lain.

Walaubagaimanapun, menerusi portal mStar Online Izzue telah menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan beliau dan isteri sudah mempersetujui apa sahaja arahan pengarah dan kehendak skrip.

Awin tidak pernah minti hentikan penggambaran, begitu juga saya kerana hak sepanjang penggambaran adalah atas kuasa pengarah dan ia adalah mengikut skrip yang kami setujui. Perkara tentang bersentuhan itu kami sudah jelaskan awal-awal lagi dan pengarah selalunya yang akan tukar babak tersebut bukan saya atau Awin yang memandai-mandai.

Tambah Izzue, sejak mempraktikan syarat tersebut, beliau tidak berhadapan dengan sebarang masalah melibatkan pengarah dan pelakon-pelakon lain.

Buat Awin pula, beliau merasa agak kesal dan terkilan apabila wujud tuduhan sedemikian dan agak sukar untuk beliau menjelaskannya kepada pihak-pihak lain kerana status beliau sebagai isteri merangkap pengurus kepada Izzue.

Orang terus bercakap tentang perkara ini kerana mereka melihat saya yang bercakap tentang syarat itu kepada produser. Kalau saya bukan isteri dia atau saya pengurus dia sahaja mungkin orang akan faham dan boleh terima.

Ini bukan kali pertama Awin Nurin dikatakan cemburu melihat suaminya berlakon dengan wanita lain, sebelum ini beliau didakwa sering memerhati serta mengawal gerak geri suaminya ketika melakonkan babak romantik untuk drama bersiri Aku Bukan Mistress disamping aktres Anzalna Nasir.

Sumber Berita : mStar Online

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...