Izreen Azminda Selamat Bertunang, Tunang Sanggup Buat Ujian Darah Untuk Buktikan Dakwaan Tidak Benar

Hiburan

Izreen Azminda Selamat Bertunang, Tunang Sanggup Buat Ujian Darah Untuk Buktikan Dakwaan Tidak Benar

Selain daripada Ash dan Sherry Merlis yang memulakan tahun baru dengan ikatan pernikahan, Izreen Azminda yang memegang watak Melly di dalam drama Tentang Dhia turut sama mengikat tali pertunangan pada tarikh 1 Januari 2012. Tunang Izreen (27 tahun) yang bernama Muhamad Riza (28 tahun) merupakan seorang jurukamera bebas dan duda anak satu.

gambar pertunangan izreen

Advertisement

Di majlis pertunangannya semalam, Riza mengambil kesempatan untuk menjawap segala kontroversi yang melanda dirinya sebelum ini:-

Saya memang rasa kecewa disebabkan keluar benda seperti mahu memburuk-burukkan imej seolah-olah nampak jahat sangat, tetapi saya tidakmahu melenting kerana cerita itu tidak betul. Saya tidak pernah bertunang dengan Rafeda, malah dakwaan saya ada anak luar nikah, gugur bayi, itu semua tak betul. Orang yang bercakap itu, patutnya beri bukti, kalau ada anak itu, saya sanggup buat ujian darah.

Riza juga menafikan yang bekas isterinya sebelum ini adalah Julia Daud, isteri kepada pelakon Badrul Muhayat. Untuk makluman, Izreen dan Riza bakal berkahwin pada 31 Ogos 2012 dengan mas kahwin RM999 dan wang hantaran RM19,001. Abang Nara doakan agar mereka berdua akan bahagia sehingga ke jinjang pelamin kelak. Dan semoga tiada lagi cerita-cerita kontroversi yang akan melanda pasangan ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...