Tarikh 1 Januari 2012 menjadi tarikh istimewa kepada Ash dan Sherly Merlis yang akhirnya bergelar suami isteri selepas bercinta lebih kurang selama 6 bulan. Untuk makluman, Ash (29 tahun) merupakan bekas suami kepada Dira Abu Zahar manakalah Shery Merlis (40 tahun) pernah menjadi isteri kepada Esma Daniel. Hasil perkahwinan mereka yang sebelum ini, Ash mendapat seorang cahaya mata manakala Sherly Merlis pula dikurniakan dengan 2 orang anak.
Majlis pernikahan Ash dan Shery diadakan sekitar jam 10 pagi. di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur. Untuk makluman, tiada majlis persandingan dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Jumlah wang hantaran dirahsiakan dengan Ash menghantar tiga dulang hantaran iaitu sirih junjung, cincin dan manisan. Senang cerita majlis pernikahan Ash dan Shery dijalankan dengan suasana yang cukup sederhana.
5 lagi gambar sekitar majlis pernikahan Ash dan Shery Merlis dengan membaca entri ini sepenuhnya. Terima kasih banyak-banyak kepada pengirim gambar-gambar ini yang mahu namannya dirahsiakan.
lorrr
January 8, 2012 at 5:24 pm
tahniah!! apajadi dengan freeda nordin?tgk pic sblm ni mesra gitu…apapun tahniah pd pengantin baru…
Reena
January 4, 2012 at 3:18 am
Tahniah Ash & Sherry Merlis! Biarpun simple janji sah.. drpd plan nak wat grand2..tp sampai skang tak gak nikah..permainan percuma utk si jantan..semoga bahagia selamanyer..