January 2nd, 2012

Selain daripada Ash dan Sherry Merlis yang memulakan tahun baru dengan ikatan pernikahan, Izreen Azminda yang memegang watak Melly di dalam drama Tentang Dhia turut sama mengikat tali pertunangan pada tarikh 1 Januari 2012. Tunang Izreen (27 tahun) yang bernama Muhamad Riza (28 tahun) merupakan seorang jurukamera bebas dan duda anak satu.

gambar pertunangan izreen

Di majlis pertunangannya semalam, Riza mengambil kesempatan untuk menjawap segala kontroversi yang melanda dirinya sebelum ini:-

Saya memang rasa kecewa disebabkan keluar benda seperti mahu memburuk-burukkan imej seolah-olah nampak jahat sangat, tetapi saya tidakmahu melenting kerana cerita itu tidak betul. Saya tidak pernah bertunang dengan Rafeda, malah dakwaan saya ada anak luar nikah, gugur bayi, itu semua tak betul. Orang yang bercakap itu, patutnya beri bukti, kalau ada anak itu, saya sanggup buat ujian darah.

Riza juga menafikan yang bekas isterinya sebelum ini adalah Julia Daud, isteri kepada pelakon Badrul Muhayat. Untuk makluman, Izreen dan Riza bakal berkahwin pada 31 Ogos 2012 dengan mas kahwin RM999 dan wang hantaran RM19,001. Abang Nara doakan agar mereka berdua akan bahagia sehingga ke jinjang pelamin kelak. Dan semoga tiada lagi cerita-cerita kontroversi yang akan melanda pasangan ini.


35 responses to “Izreen Azminda Selamat Bertunang, Tunang Sanggup Buat Ujian Darah Untuk Buktikan Dakwaan Tidak Benar”

  1. faten says:

    izreen neyh cntek sgt bile dye pki tudung.mcm kat cite juvana. :)

  2. budak kedah says:

    to caca merba, mas kahwin anak dara kedah mmg mahal.. selalunya 2ribu ke atas..

  3. kisah benar says:

    salam cik melly,

    harapnya cik melly dapat siasat dalam2 pasal tunang cik melly tu. dia bukan main dengan sorang pompuan jek tapi dah ramai dah. tunang cik melly cakap dia tak bertunang dengan rafeeda..cuba suruh dia sumpah cakap dia tak pernah bercuti dan tido dengan rafeeda tu..rafeeda ader gambar bercuti bersama2..cik melly kenal kan..mintak lah gambar tu..memang wujud…tapi mungkin cik melly tak kisah dapat lelaki yang tido dengan perempuan lain yang bukan muhrim sampai cik melly tutup mata dan pekakkan telinga. Tak guna bergaduh dengan perompuan lain sedangkan yang setan adalah si jantan….

  4. terdesak sangat says:

    bagus sangat n sesuai sesanggat…yang si melly terdesak sebab dah malu botak reject dan sangkal yang mereka bercinta, botak tu belajar pesanteran yang kau tu seksi tak sedar diri buat malu mak bapak sape nak jadikan menantu,…yang jantan bermasalah ni pulak terdesak sebab bini dia tak mahu terima dia semula. kalau aku jadi bini dia pun aku tak nak, gambar berpelukan dengan betina tak pakai baju dah sana sini orang tonton, tu belum kira penyakit yang bakal dapat lagi. dan sekarang, bagus sangat sepasang pasangan terdesak merancang untuk hidup bersama, jangan kau dijangkiti penyakit sudah melly, sanggup ke?

    • Anonymous says:

      AIDS bukan bole nampak sekarang pun…ia hanya akan nampak bila antibodi seseorang itu dah x kuat…tapi cik melly kalau allah nak tunjuk sape tau tunang u tu akan dapat in 20yrs akan datang akibat dari menjalankan kehidupan berisiko, sebelum ni pun dia dah TIDURI ramai wanita sebelum ikatan yang sah..memang semua orang ada kisah silam sendiri, tapi u dah fikir betul2 ke …kalau manusia ada penyakit berjangkit, nanti anak yang dilahirkan pun berisiko mendapat penyakit itu, tapi kalau daari segi agama mungkin anak u juga bakal mewarisi anak yang suka berZINA, tiduri perempuan sana sni, buntingdan gugurkan anak sana sini, berjudi, buat maksiat, bercuti ke luar negara bersama perempuan sana sini…masya allah…

    • idop islam says:

      iya dik…pilihlah suami yang beriman yang boleh membimbing kamu.bukan suami yang boleh mewariskan kepada anak kamu sikap suka berzina….wallahualam…

  5. […] Here : Beautiful Nara This entry was posted in Teknologi and tagged Azminda, Benar, Bertunang, buat, Buktikan, Dakwaan, […]

    • berani kerana benar says:

      memang berani wat ujian darah…bahan bukti dah hapus lapan taun dulu bila mana dia gugurkan ketika dia menjalinkan hbungan dengan julia…anak dah mati kena bunuh sebelum sempat tengok dunia!!!

Loading...