“Itu Suami Awak Yang Kedua Ke?” – Sering Diaju Soalan Sama, Ini Jawapan Zarina Zainuddin

Hiburan

“Itu Suami Awak Yang Kedua Ke?” – Sering Diaju Soalan Sama, Ini Jawapan Zarina Zainuddin

Pelakon, Zarina Zainuddin mengakui tidak tersinggung dengan pertanyaan oang ramai yang masih curiga dengan status perkahwinannya sehingga kini.

Menurut Zarina, 51, sehingga kini masih ada yang beranggapan dia telah berkahwin buat kali kedua dengan orang lain sedangkan hakikatnya, keadaan itu tidak pernah berlaku.

Advertisement

Malah, pelakon drama iTanggang itu turut berkongsi cerita sewaktu permulaan perkenalannya dengan suami.

zarina

Orang banyak tanya, itu suami kedua awak ke? Itulah suami saya daripada umur saya 22 tahun lagi, sehinggalah kini 51 tahun.

Jelas Zarina, dahulunya dia sentiasa merasakan lelaki semua jahat dan suka mengambil kesempatan lagi-lagi pada wanita.

Di usia saya 22 tahun, saya berkenalan dengan seorang lelaki yang jujur menceritakan kisahnya mula-mula bercinta dengan isterinya.

Tambahnya lagi, dia juga kagum dengan percintaan lelaki tersebut dengan isterinya yang dianggap bak sebuah cinta mati.

Jadi, bila dia ajak saya kahwin, saya cakap bawa jumpa isterinya dulu. Walau saya kahwin tanpa bercinta, tapi dia tak pernah sia-siakan saya.

Info tambahan, Zarina telah berkahwin dengan Datuk Seri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 dan mempunyai empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar Adam Azrai, Naim Azrai, Raizal Azrai (Azal) dan Razil Azrai (Azil).

3 years ago

"Apa Hukum Tayang Wanita Joget Ye?" - Lancar Muzik Video Baru, Netizen Perli 'Jihad' Caprice

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...