“Itu Jihad Dan Cara Saya..” – Tidak Lagi Mahu Dilabel Tak Sensitif, Uqasha Senrose Kini Hanya Pakai Produk Tempatan

Hiburan

“Itu Jihad Dan Cara Saya..” – Tidak Lagi Mahu Dilabel Tak Sensitif, Uqasha Senrose Kini Hanya Pakai Produk Tempatan

Sebagai menunjukkan rasa hormat dan sokongan, pelakon jelita Uqaha Senrose memutuskan untuk boikot produk atau jenama antarabangsa pro-Israel secara habis-habisan dan hanya menggunakan produk tempatan untuk keperluan seharian.

Baginya, dia tidak kisah menggunakan apa-apa jenama tempatan untuk alat solek, minyak wang atau produk penjagaan diri. Kata Uqasha, itu adalah sebagai satu perjuangan kecil yang dilakukannya bagi menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin.

Advertisement

Apa sahaja produk yang menyokong kekejaman Israel, saya boikot dan tak pakai.

Sepatutnya saya tak perlu beritahu apa yang saya lakukan. Itu adalah jihad dan cara saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Menurutnya lagi, dia meminta agar orang ramai tidak lagi melabel dirinya sebagai tidak sensitif terhadap isu peperangan tersebut. Baginya, meskipun tidak lantang bersuara di media sosial, namun jihad kecilnya adalah melalui tindakan.

Sebelum ini, Uqasha sempat dibidas oleh warganet apabila mempromosikan penganjuran konsert aktor Bollywood, Hrithik Roshan di Instagram. Dia dikatakan tidak sensitif memuat naik promosi tersebut di tengah-tengah situasi menegangkan ini.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

uqasha
1 year ago

"Saya Teralpa, Terlampau Minat Bollywood" - Dilabel Liberal & Tak Sensitif Lepas 'Post' Pasal Konsert Hrithik Roshan, Uqasha Senrose Bersuara...

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...