“Itu Hak Mereka..” – Busana Peminat Lelaki Mengalahkan Wanita, Aina Abdul Dituduh Galakkan Pemakaian LGBT

Hiburan

“Itu Hak Mereka..” – Busana Peminat Lelaki Mengalahkan Wanita, Aina Abdul Dituduh Galakkan Pemakaian LGBT

Konsert A Night With Aina Abdul sempat menarik perhatian ramai orang tempoh hari kerana temanya yang mengalakkan peminat yang hadir untuk mengenakan busana seakan-akan Aina Abdul. Namun, timbul pula spekulasi apabila dikatakan Aina mempromosikan elemen LGBT semasa konsert tersebut.

Ketika ditanya, Aina berkata bahawa dia tiada niat untuk mengalakkan peminat lelakinya untuk mengenakan pakaian yang menyamar pakaian wanita sehingga mendatangkan sangka buruk. Tambahnya, dirinya tidak pernah mengatakan dia sendiri menyokong kumpulan tersebut.

Advertisement

Saya amat gementar nak jawab isu ini. Pertama sekali saya bukan seorang yang pakar dalam bidang ini. Apa saya boleh kata saya tidak promosikan mesej (LGBT) sedemikian.

Itu hak mereka untuk berpakaian seperti itu. Ada yang biasa, ada yang extra. Itu tanda mereka sokong saya. Saya pandang benda tu dari sudut positif.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Jelasnya semasa diwawancara sumber, penampilan para peminatnya pada malam itu adalah di luar kawalannya. Aina hanya menganggap mereka yang berpakaian seperti tema ‘Aina Abdul’ itu hanya ingin menunjukkan sokongan dan bukan cuba mengetengahkan isu LGBT ketika itu.

Bukan itu sahaja, dirinya juga menegaskan bahawa apa yang dilihat itu adalah hak mereka masing-masing. Selagi pemakaian sebahagian golongan itu tidak mendatangkan masalah besar, selagi itu dia tidak perlu masuk campur untuk menghalang, ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lah
1 year ago

"Nak Boikot Kita Perlu Ada Ilmu.." - Tak Mahu Konsert Aina Abdul Disamakan Dengan Coldplay, Ujar Mereka Tetap Bukan Islam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...