“It’s Now Or Never..” – Lebih 10 Tahun Berkenalan, Azira Shafinaz Sedia Menamatkan Zaman Bujang Dengan Kekasih

Hiburan

“It’s Now Or Never..” – Lebih 10 Tahun Berkenalan, Azira Shafinaz Sedia Menamatkan Zaman Bujang Dengan Kekasih

Pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz mengumumkan dirinya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya, Yasser Khan yang sudah bersamanya selama 12 tahun.

Tunggu masa yang tepat

Meskipun sudah berhasrat ingin menamatkan zaman bujang, Azira masih lagi menunggu waktu yang terbaik untuk bergelar isteri kepada kekasihnya itu. Walaupun masih belum ada tarikh, pelakon ini seolah-olah memberi bayangan perkahwinan itu akan terjadi tak lama lagi.

Advertisement

Saya masih bahagia sampai sekarang dengan orang yang sama, alhamdulillah. Kami pun sudah 12 tahun berkenalan.

 

Sudah semestinya saya bersedia untuk ke fasa perkahwinan. Nak tunggu sampai bila pun hanya buang masa. Saya cuma rasa macam it’s now or never.

Sering merancang

Tambahan pula, ahli kumpulan De Fam ini turut berkata dia dan Yasser sering berbincang berkenaan hari bahagia mereka yang bakal tiba namun enggan mendedahkan perincian lanjut.

Kami selalu bercakap-cakap mengenai hal kahwin tetapi saya tidak boleh dedahkan apa-apa lagi buat masa ini.

 

Kalau semuanya sudah sahih, sudah semestinya saya akan berkongsi berita gembira kepada semua.

Sebelum ini, Azira sempat dikatakan mempunyai hubungan mesra bersama pelakon Sharnaaz Ahmad namun dakwaan tersebut ditepis apabila diketahui dirinya sudah pun berpunya.

Emma Maembong
2 months ago

"Saya Dengan Fitnah Dah Macam 'Best Friend'"- Emma Maembong Malas Layan Dakwaan Mengamalkan 'Swinger' Dalam Perkahwinan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...