Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

‘It’s Far From Perfect Tapi..’ – Syafinaz Selamat Kongsi Video Latihan Nabila Razali

Kebelakangan ini, nama Nabila Razali hangat diperkatakan selepas dia ‘terkucil’ ketika mempersembahkan lagu Peluang Kedua di Anugerah Juara Lagu ke 35 (AJL35). Meskipun dikecam, Nabila mendapat sokongan tidak putus-putus daripada rakan artis dan peminat.

Advertisement

Terbaru, guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat pula mendedahkan video ketika sesi latihan Nabila Razali awal Mac lalu. Katanya, sesi itu jelas lebih baik daripada apa yang dipersembahkannya di malam anugerah.

Cerita Nabila

Post ini bukan untuk membela, jauh sekali mencela.

Saya sentiasa terbuka & menyokong mana2 penyanyi yang ingin memperbaiki nyanyian mereka. Ramai artis2 baru & juga nama2 besar yg menyatakan hasrat malah sudi belajar dgn saya. I’m happy to share this little knowledge that I have. Setiap yg kita lakukan adalah satu seni yg memerlukan skil. Memasak, menjahit, menari, menyanyi, bersukan, waima bertutur sekalipun. Saya percaya kesungguhan & dedikasi boleh mengatasi kelemahan. Pembelajaran yg konsiten adalah kunci kejayaan.

Kongsi Syafinaz lagi, penyanyi lagu Peluang Kedua itu ada menyatakan hasrat untuk memperbaiki nyanyiannya sekitar Mei tahun lalu namun tergendala ekoran masalah kesihatan dan jadual kerja yang padat. Malah, situasi perintah kawalan pergerakan (PKP) juga menyebabkan proses belajar lebih mencabar.

Video amatur ini dirakamkan pada awal Mac. Bukanlah nyanyiannya yang terbaik tapi ia satu-satunya yg saya ada (sbb kebiasaannya dia yg rajin merakam semasa sesi latihan). It’s far from perfect tapi lebih baik drpd apa yg dia lakukan di atas pentas AJL.

Umum hanya melihat kejadian ‘terkucil’ manakala saya pula melihat dari aspek kualiti tonal & perkembangan ‘musicality’-nya. Selain tekanan akibat dari ekspektasi, seorang penyanyi juga perlu ‘battle his/her inner demons’ apabila berada diatas pentas mega itu.

Jelas Syafinaz lagi, selain mutu nyanyian penyanyi juga perlu berhadapan dengan ‘semangat dalaman’ apabila berada di pentas besar. Bagi Syafinaz sendiri, apa yang dilalui Nabila boleh dianggap sebagai langkah dia bertatih untuk menjadi seorang penyanyi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 Comments

  1. tecit

    March 19, 2021 at 3:42 pm

    aku xpuas dgr lagu ni klu die yg nyanyi. rase nk suruh erni zakri ke nyanyi cover balik. xpon xkisah la sape2 pon tokti ke misha ke tlg la nyanyi lgu ni bg aku rase keindahan sebenar lagu ni. hadoiiiiii

  2. VocalNoVocal

    March 19, 2021 at 10:29 am

    Yek eleh lebih2 lah diani, caoch muka plastic ni…rockers dulu yg takde belajar vocal suara mencakar langit…contohnya Abg Amy, Abg Awie, Arwah Abg Salem, Abg Rahmat

  3. Anonymous

    March 19, 2021 at 9:31 am

    ni pandangan peribadi aku sebagai org biasa yg tidak arif dlm vokal atau muzik. hanya mendengar apa yg sedap di telinga. aku rasa, menyanyi ni perlu ada bakat. kalau xde bakat, latihan atau belajar vokal semua tu bergantung pada nasib kau utk berjaya. sorry to say, dato syafinaz walaupun arif dlm bidang ni, tapi menyanyi live xdelah sedap pun….. compares to those yg mmg ada bakat spt dato siti, aina abdul, misha omar dsb. nabila should focus on lagu2 yg relax2 enjoy2 dan x perlu vokal power sgt…

    • tecit

      March 19, 2021 at 3:38 pm

      stuju angattt. mcm amy mastura huhu (sori tauuu) die kene lagu2 yg catchy2 enjoy2 xperlu teran suara xperlu low note sgt. means bukan balada laa. suara die biasa2 je.

  4. maaaffffffffffffffffffffffffffffffffff

    March 19, 2021 at 8:56 am

    masa note rendah kt awal2 lagu, dgr mcm tak sampai
    bila start naik tggi, dia boleh lontar vocal, tp nk kata merdu tu.. hurmmmmmm maaf yaaaa.. saya tak kutuk. tapi bkn level suara penyanyi. kalau nyanyi seronok2 kt karaoke boleh

  5. still kecewa

    March 18, 2021 at 7:53 pm

    ok..not bad.. tapi tu la… nasi da jadi bubur.. hopefylly nabila terus belajar sampai boleh nyanyi live tanpa terkucil terlampau banyak especially di pertandingan ‘berprestij’

    • Anonymous

      March 18, 2021 at 8:52 pm

      Sebab student dia, trkucil pun ok, kalau org lain kau kutuk kau2

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top