Isu Viral Sudah Peluk Islam : Acapan Buat Laporan Polis

Hiburan

Isu Viral Sudah Peluk Islam : Acapan Buat Laporan Polis

Semalam, isu pelakon dan pelawak vateran Acapan memeluk Islam cukup hangat diperkatakan di media sosial selepas beberapa foto beliau yang dikatakan menjalani majlis pengislaman tersebar di Facebook.

Malah, salah seorang ahli jemaah juga membuat kenyataan bahawa Acapan sudah diberikan hidayah memeluk Islam.

Advertisement

Namun, tidak lama selepas itu, Acapan telah menafikan berita berkenaan dan foto yang tersebar adalah ketika beliau memenuhi undangan seorang rakan untuk berbuka puasa di sebuah surau.

Tidak mahu perkara ini terus berpanjangan, Acapan juga telah membuat laporan polis di Balai Petaling, Jalan Klang Lama, kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam, berhubung penyebaran video serta gambar yang mendakwa dirinya memeluk Islam.

Rasanya mereka yang tetap sebarkan foto serta video Acapan “kononnya” sudah memelk memeluk Islam boleh berhenti mengelirukan orang ramai. Perasaan keluarga Acapan juga perlu dijaga berhubung isu ini.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...