Pelakon Acapan Peluk Islam, Kini Gunakan Nama Muhd Ramadhan

Hiburan

Pelakon Acapan Peluk Islam, Kini Gunakan Nama Muhd Ramadhan

Pagi ini kami dikejutkan dengan satu berita yang cukup gembira pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Advertisement

Tahukah anda pelakon serta pelawak Acapan sudah memeluk agama Islam pagi tadi dan berita itu disampaikan oleh pelakon Mustapha Kamal melalui akaun Facebooknya dimana beliau sempat berkongsi beberapa foto Acapan yang kini nama Islamnya, Muhd Ramadhan.

Malah, salah seorang jemaah yang turut berada di majlis pengislaman berkenaan turut bercerita bagaimana pintu hati Acapan terbuka untuk memeluk Islam.

Dia yang awalnya datang untuk melihat jemaah kami berbuka puasa akhirnya dibukakan pintu hidayah untuk memeluk Islam lewat pagi tadi.

Alhamdulillah..!!! Tuan-tuan doakan kebaikan buat beliau semoga beliau tabah serta istiqamah dalam agama. Amin3..!!!

Berita ini disambut baik oleh netizen dan ramai mendoakan agar Acapan dapat menjadi seorang Muslim yang baik.

Alhamdullilah, berkat bulan Ramadhan Allah SWT telah memberikan hidayah dan membuka pintu hati Acapan untuk memeluk agama Islam. Harapnya, ada yang sudi untuk mengajar Acapan mendalami ilmu Islam dan satu hari nanti beliau dapat menjadi seorang Muslim yang sejati. InshaAllah.

Sumber Berita : Facebook Mustapha Kamal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...