Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Isu Video Berebut Tudung : Fizo Omar Akan Jelaskan Perkara Sebenar Nanti

Ekoran memuat naik video pelanggan tudung Fareeda yang berebut hendak mendapatkan koleksi terbaru tudung berkenaan sekitar minggu lepas, Fizo Omar dan isterinya Mawar Karim menerima pelbagai komen dan kecaman daripada orang ramai.

Advertisement

Ada yang menganggap mereka melayan pelanggan ibarat lembu dan ada juga menyatakan mereka hanya memikirkan keuntungan tanpa mengira halal dan haram ketika ada pelanggan lelaki dan perempuan bukan muhrim bergesel demi tudung Fareeda. Ia disifatkan sebagai satu gimik murahan demi melariskan produk mereka.

Mengetahui isu ini sudah menjadi viral, Fizo yang kini berada di Shanghai, China berkata beliau akan memberikan penjelasan mengenai isu berkenaan apabila balik ke Malaysia nanti.

Saya akan memberikan kenyataan balas berkaitan isu ini apabila balik ke Malaysia. Apapun ia membabitkan pihak Fareeda dan isteri saya sendiri, jadi kami kena berbincang dulu. Setakat ini saya belum mengeluarkan sebarang kenyataan, termasuk di laman sosial.

Insya-Allah, saya rasa ada jalan penyelesaian untuk perkara berbangkit ini. Mungkin ia terus menjadi viral kerana ada pihak yang pantas masuk campur sekalipun tak tahu perkara sebenar yang terjadi.

Buat Fizo, beliau enggan ambil peduli akan segala kritikan orang ramai kerana ia adalah lumrah dalam dunia perniagaan.

Biasalah, itu adat. Semua orang pernah buat silap dan berhak berkata-kata. Tetapi lebih baik berkata-kata apabila faham atau jelas dengan keadaan sebenar.

Advertisement

Ada sebab kenapa ramai yang marah dan kurang senang dengan video berkenaan, mungkin pihak Fizo dan Fareeda boleh bersikap lebih terbuka dalam menerima teguran. Apa-apa pun kita tunggu sahaja kenyataan balas daripada Fizo nanti.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top