April 4th, 2016

Rasanya semua tahu, baru-baru ini Fareeda ada melancarkan koleksi baharu tudung mereka. Malah, Fizo Omar juga ada memuat naik video yang menunjukkan ramai pelanggan yang sanggup beratur lama dan berebut untuk mendapatkan tudung Fareeda termasuklah kaum lelaki . Eh..

Dek kerana video berkenaan, ia sudah menjadi satu isu hangat yang diperkatakan di media sosial sehingga ada yang berpendapat bahawa pihak Fareeda melayan pelanggan mereka ibarat lembu dan kambing.

Fizo dan Mawar dikecam teruk oleh netizen yang rata-rata merasakan ia adalah satu gimik ataupun publisiti murahan demi melariskan produk mereka tanpa mengira halal haram,  lebih-lebih lagi apabila pelanggan lelaki dan perempuan bergesel.

Beberapa persoalan juga diajukan kepada mereka berdua, mengapa pihak Fareeda tidak mampu untuk membuat satu sistem yang lebih teratur seperti memberikan angka giliran dan pelbagai lagi alternatif lain di zaman serba canggih ini.

Berikut antara komen netizen :-

Pergh, memang hebat kan strategi marketing untuk lariskan tudung mereka? Memang layak Fizo Omar jadi consultant dalam perniagaan, menjadi betul teknik beliau sampai bangga muat naik video pelanggan beliau fanatik begini. Heh?


Comments are closed.

Loading...