Isu Ustaz/Ustazah Ekspress, Dr Mashitah Beri Penerangan Lanjut

Hiburan

Isu Ustaz/Ustazah Ekspress, Dr Mashitah Beri Penerangan Lanjut

Isu ustaz dan ustazah ekspress yang dibangkitkan oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim ketika Perhimpunan Agung Umno 2014 yang lalu telah pun menjadi isu hangat. Salah seorang yang digelar ustazah ekspress iaitu Abby Abadi telah tampil menempelak kenyataan tersebut. Ramai yang menyokong kenyataan Abby Abadi dan mempersoalkan kewibawaan Dr Mashitah untuk bercakap dalam ini.
dr mashitah
Tidak mahu disalahertikan, Dr Mashitah telah tampil untuk menjelaskan maksud sebenar di sebalik ucapannya. Mendengar penjelasan Dr Mashitah, Abang Nara bersetuju dengan pendapat beliau. Kongsi kisah penghijrahan memang bagus, namun kalau dah sampai cakap bab hukum-hakam, mungkin ustaz/ustazah ekspress ini kena pergi belajar terlebih dahulu. Kata Dr Mashitah:-

Dalam ucapan saya, tidak salah mereka yang berhijrah berkongsi pengalaman dan semangat Islam tetapi sewajarnya mereka tidak sentuh soal hukum hakam apalagi menghukum orang lain. Yang saya bangkitkan ialah keadaan di mana mereka mengeluarkan pandangan atau bercakap mengenai perkara yang mereka tidak berapa tahu, sehingga menimbulkan kecelaruan masyarakat.

Inilah antara punca masalah, apabila perkara asas dan penting dalam Islam dianggap remeh. Saya bangkitkan, eloklah kita elak berbincang masalah khilafiah kecuali mereka yang benar-benar layak iaitu ulama. Biarlah ulama bincang perkara-pekara khilafiah kerana mereka lebih pakar. Mereka yang tak berapa faham walaupun berkedudukan, janganlah ulas dan mengelirukan orang ramai.

Advertisement

abby abadi

Pada pandangan Abang Nara memang apa yang dikatakan oleh Dr Mashitah adalah tepat dan jitu sekali. Kalau ustaz/ustazah ekspress ini naik ke atas pentas dan berbicara mengenai penghijrahan mereka SAHAJA, memang tak ada masalah. Tapi kalau dah keluar hukum hakam, kafirkan orang sana sini, itu memang tak wajar. Alim ulamak yang dah belajar berpuluh tahun pun kena berbincang sesama mereka sebelum mengeluarkan sebarang hukum, inikan pula ustaz/ustazah ekspress ini. Tak gitu?

P.S: Bawa anak lembu untuk bermanja di dalam rumah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...