January 29th, 2016

Fynn Jamal dan isu beliau menciplak idea sambal orang lain cukup viral diperkatakan lebih-lebih lagi selepas satu mesej perbualan di WhatsApp menunjukkan Fynn seakan boleh berbangga meniru idea orang lain dengan ayat “sorry dik dalam bisnes siapa cepat dia dapat”.

Disebabkan perkara itu, ramai yang sudah tidak boleh menerima perangai Fynn yang dikatakan tidak boleh ditegur ataupun selalu ingin memperbetulkan dirinya walaupun berada di pihak yang salah.

Namun, Fynn menerusi portal Harian Metro menjelaskan beliau sama sekali tidak pernah menerima mesej daripada individu yang mendakwa beliau meniru idea perniagaan sambal miliknya.

Tambah Fynn, idea untuk beliau mengeluarkan produk sambal itu tercetus selepas penganjur sebuah bazar memintanya mejual makanan.

Saya juga tidak pernah menerima panggilan mahupun mesej daripada individu terbabit mengenai produk sambal yang saya jual.

Saya hanya masak 100 botol sambal untuk dijual di bazar itu dan tidak sangka ia jadi isu.Bukan susah buat sambal dan saya turut berkongsi resipi di Instagram.

Buat Fynn beliau mempercayai isu tersebut sengaja dicetuskan oleh sesetengah pihak yang ingin memburukkan namanya. Fynn juga meminta mereka yang menuduh beliau meniru idea orang lain untuk tampil ke hadapan dan menyelesaikan isu ini.

Saya percaya isu ini sengaja diada-adakan dan diharap individu yang menuduh saya mencuri resipinya tampil merjernihkan keadaan.

Fynn juga menegaskan beliau bukan seseorang yang gemar meminta sample daripada peniaga mahupun apa sahaja benda yang percuma daripada peminat.

Sumber Berita: Harian Metro


Comments are closed.

Loading...