Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fynn Jamal Dikecam Tiru Produk Ibu Sambal?

Boleh tahan kecoh juga semalam isu mengenai  penyanyi Fynn Jamal yang dikatakan meniru idea untuk membuat ibu sambal sehingga ia menjadi topik cukup hangat di Instagram, Twitter dan Facebook.

Semuanya bermula apabila sebuah perbualan ataupun luahan peminat yang menjadi viral dimana beliau mendakwa Fynn memotong jalan dan mengambil idea beliau untuk membuat ibu sambal.

Advertisement

Individu tersebut ada menghubungi Fynn untuk bertanyakan hal tersebut, namun jawapan Fynn benar-benar mengejutkan beliau.  Fynn ada memohon maaf tetapi dalam cara yang cukup sinis.

Apabila kami melihat akaun Instagram Fynn, memang benar penyanyi ini ada mengeluarkan produk sambal untuk dijual. Malah, beliau juga sedar bahawa isu ini sudah menjadi viral dan turut mengeluarkan kenyataan beliau sendiri di Instagram.

Jelas Fynn, beliau tidak pernah tahu bahawa nama Ibu Sambal tidak boleh digunakan dan telah menukar nama produknya itu kepada #kepalasambal dan menafikan setiap dakwaan  mengenainya.

sori sori. tak perasan ibusambal dah trademark. sori sori. so xpe. demi menjaga hati semua pihak, saya dengan ini menukar nama produk ini kepada #kepalasambal atau lebih mesra dipanggil #bapaksambal. sebab apa? sebab BAPAKKKKK AAA sedap! ahahahahah.

but seriously aku tak tau nak namakan apa sebab dari kecik semua surirumah dah panggil dia ibusambal. sori sori sori. macam dari kecik aku selalu sebut nasi ayam. atau rojak. so dah biasa gitu, mana tau tokleh. sori okeh?

Fynn Jamal ini pasti akan ada sahaja kontroversi beliau, sejauh mana kebenaran isu ini kami tidak pasti. Namun, sebagai peminat kita tidak boleh terlalu obses terhadap artis sehinggakan apa yang mereka lakukan itu salah dianggap betul. Jangan buat artis itu mudah lupa diri ataupun sombong.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top