Susulan perselisihan faham di antara pelakon muda, Puteri Balqis dan juga Mia Sara yang mengeluarkan komen mengaitkan didikan keluarga ke atas Puteri Balqis.
Balqis mengakui tersinggung dengan kenyataan yang ditulis Mia dan berkata ia merupakan fitnah terhadap dirinya dan keluarga.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Balqis berkongsi luahan hatinya mengenai isu ini.
Aqish dengan ibu buat hal kami sendiri dan kami tak kacau orang.
Jelas Balqis, dia tersinggung dengan komen Mia kepada orang ramai tentang dirinya yang didakwa tidak dibesarkan dengan baik oleh keluarganya.
Itu adalah satu fitnah yang besar bila awak kata keluarga saya… hanya ibu sahaja yang ada dalam keluarga.
Dalam pada itu, Balqis turut memohon maaf dan berharap Mia Sara tidak mengulangi lagi kesilapan yang sama.
Saya harap kita dapat teruskan hidup masing-masing.
Balqis turut berterima kasih kepada penyokongnya yang memberi kata-kata semangat dan berkata-kata yang baik untuk dirinya.