Penyanyi dan juga usahawan kosmetik, Syura Badron meminta netizen untuk tidak menghakimi kehidupannya kerana tiada siapa yang tahu apakah yang dilaluinya selama ini.
Ujar Syura, orang di luar sana hanya mengetahui kehidupannya sebagai penyanyi namun bukan kisah hidupnya.

“Anda pernah mendengar dan lihat apa yang saya pernah buat, tapi tak tahu apa yang saya lalui. Kalau anda berada di tempat saya, anda awal-awal lagi akan kecundang. Jadi, tolong berhenti menghakimi saya.”
Kata-kata itu ditulis Syura menerusi sebuah hantaran di Instagram Story untuk tatapan peminat di media sosialnya itu.
Terdahulu, nama Syura turut terpalit dalam sebuah isu kontroversi bersama empat individu lain termasuklah penyanyi Lan Solo dan isteri, Sheila, jurusolek Aida G. dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin.
View this post on Instagram
Dalam kes tersebut, isteri Lan, Sheila ada menyebut nama Siti Nordiana sebagai penyebab mereka tidak memperoleh ‘job’ dalam industri serta dikatakan menumpang populariti penyanyi itu selama ini.
Sehubungan dengan itu, Siti Nordiana telah mengambil pendekatan berdiam diri sebelum tampil memohon permohonan maaf seperti yang disarankan peguam dan jika lima individu tersebut ingkar, dia akan bertindak untuk menyaman.
Namun, setelah gagal menerima permohonan maaf daripada individu-individu terbabit, Siti Nordiana dilaporkan telah mengambil keputusan untuk saman kerana didakwa telah mencemar nama baiknya sebagai penyanyi.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Anonymous
July 29, 2021 at 10:54 pm
Minah2 pengumpat.. termasuk seorang tu.. yg bapok… hahaha
Bob
July 29, 2021 at 11:39 am
Whatever it is..to begin with..kau bukan sahabat Nana. Sahabat apabila sudah menjadi musuh sekali pon takkan mengaibkan. Apatah lagi dulu dia berkongsi segala rahsia dgn kau. Kalau rasa dia tak betul..kau jauhkan diri dari dia..habis cerita. Lagi pon bodohnya pihak2 production dgr semua ckp Nana sampai tak kasi korang job. Besar betul pengaruh Nana eh..
Anonymous
July 29, 2021 at 10:06 am
retis bila nk up status jek mesti cakap omputih jek ke.. kalau type melayu tak capai maksud ke ?? kalau buat live mampos sebutir haram tak tahu nk sebut.. dah cedok kat mana quote copy n paste..
bila kena kecam dan2 suruk kita mendalami hidup dia,,,, aper hal plak… ko nyanyi pun kelaut dalam.. ko sape,, aku saper???
sajat bertukar jadi jesica
July 29, 2021 at 7:50 am
laaa,bila netizen kutuk kata jangan judge dia pulak. pastu kau judge nana secara terang2 dengan org lain join sekali blh pulak. padan muka artis sendu ni kne saman, takut la tu nk byr saman sbb job non hado. sah2 nana memang meletop sekarang. goyang lah si artis sendu ni.
Anonymous
July 29, 2021 at 10:03 am
Betul setuju. Kalau ye pun nana mmg jahat. Knp kau perlu buat live cerite keburukan die. Kau call korang berempat je la. Kirenye kau lg jahat dari nana lah
rahsia kecantikkan
July 29, 2021 at 7:32 am
seteruk apa pun nana, tak sangka syura lg teruk. Elok2 gaduh dalam small circle, sengaja ajak netizen benci skali. Subhanallah. camtu ke cara nak balas dendam? seronoknya mengumpat buat live, pmpn laki sume sama. Nana tu teruk mgkin korang je yg tau, skrg SATU MSIA tau. korang ni ngumpat kalau bt ws vdeo call je, korg2 je tau ni skrg SATU MSIA tau korg ngumpat nana. MMg ske buka aib kawan dan buka aib sendiri ke? Allah…