Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Isu Pertikai Sistem Raja Perlembagaan, Pengurus Media Sosial Noor Kartini Buat Permohonan Maaf

noor kartini

Semalam heboh apabila ibu Neelofa, Noor Kartini menerima selaran orang ramai selepas dilihat memuat naik Insta Story yang seperti mempertikaikan sistem raja perlembagaan di Malaysia.

Advertisement

Walaubagaimanapun, wanita itu kemudiannya menjelaskan bahawa entri tersebut dibuat oleh pengurus media sosialnya selain turut meminta maaf mengenai hal berkenaan.

Terbaru, pengurus yang didakwa melakukan kesilapan tersebut turut memuat naik permohonan maaf berkaitan insiden tersebut di laman Instagram miliknya.

Advertisement

Menurut Zulshafiqah, dia meminta maaf kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Johor dan kerabat diraja Johor termasuklah Noor Kartini dan keluarganya dek kesilapan memuat naik tangkapan skrin tersebut di Instagram Story milik wanita itu secara tidak sengaja.

noor kartini

Tambahnya lagi, status berkenaan sebenarnya bukanlah ditulis olehnya ataupun Noor Kartini namun telah diambil dari pihak lain sebelum dikongsi di media sosial bagi rujukan peribadinya.

SUMBER : Instagram
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. anti mek klate

    June 2, 2021 at 1:37 pm

    acik kelantan bodoh.
    apa kau ingat orang tak reti baca pattern penulisan?

  2. Anonymous

    June 1, 2021 at 12:10 am

    Eh?
    Berbelit-belit lah…minta maaf tapi ngaku tak tulis?
    Kalau ambil dari orang lain pun …niat tu tetap ada dan memang maksudkan, kan..kan..?

    Harap Pakar IT boleh la siasat, punca asal tangkapan skrin tu & siapa punya gerangan. Londehkan!!!

  3. tecit

    May 31, 2021 at 2:57 pm

    hmm kesian pengurus peribadi di’KAMBING-HITAM’kan… tetiannnn

  4. Anonymous

    May 31, 2021 at 11:21 am

    mcm bukan pengurus peribadi je ahakkssssssss

  5. unknown

    May 31, 2021 at 11:19 am

    rujukan peribadi? hahahha pusing laa selagi boleh..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top