October 13th, 2012

Kalau anda masih ingat, Zed Zaidi satu ketika dahulu pernah mempertikaikan sama ada Randy Pangalila mempunyai permit untuk berlakon di Malaysia. Semenjak kontroversi itu, tuan punya badan, Randy Pangalila tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan balas mengenai kata-kata Zed Zaidi ini.

randy pangalila

Namun menerusi Kosmo hari ini, Randy Pangalila tampil menyatakan yang isu permit ini hanyalah satu salah faham. Menurut Randy, sebelum mula berlakon di Malaysia, perkara pertama yang ditanyakan ialah mengenai permit. Kata Randy:-

Saya melihat isu ini sebagai satu salah faham sahaja. Jadi saya tidak mahu memperbesarkan isu ini. Sebenarnya, daripada pihak produksi Micheal Ang, mereka telah mendapatkan semua keizinan untuk saya berlakon di sini kerana bagi saya itu perkara paling utama buat diri saya. Sebelum hadir ke Malaysia untuk berlakon, soalan pertama yang saya tanyakan ialah adakah saya telah mendapat keizinan berlakon di sini (Malaysia). Ini kerana saya sedar saya pelakon luar dan tidak mahu menjadi seperti pendatang. Saya rasa semuanya telah jelas dan permasalahan ini hanyalah salah faham.

Bagus sungguh Randy Pangalila kerana ada awareness yang macam ini. Diharap Zed Zaidi membaca apa yang diberitahu oleh Randy di dalam suratkhabar Kosmo hari ini sekaligus menyelesaikan segala kontroversi yang timbul. Kepada Randy, jangan lupa untuk renew permit bila sampai waktunya. Kang tak pasal-pasal kena tangkap pulak. Hehehe.

randy pangalila
P.S: Jubah hitam ekslusif yang akan dikeluarkan oleh Gudang.MY minggu hadapan. Berminat? Jangan lupa LIKE Facebook Gudang.MY untuk stay up to date.


31 responses to “Isu Permit Hanya Salah Faham – Randy Pangalila”

  1. jim says:

    Aku tak dpt nak fokus baca article ni sebab asyik terpandang iklan gambar jubah tu. Model2 tu muka mcm terpaksa je…

Loading...