Menurut Kevin, juruterbang berkenaan kelihatan tercungap-cungap ketika ke pesawat kerana mempunyai bentuk tubuh badan yang besar.
Gara-gara “tweet†berkenaan Kevin dikecam hebat oleh netizen yang menganggap beliau tidak harus mengeluarkan kenyataan sebegitu sedangkan beliau merupakan pakar motivasi didalam program Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) yang membantu ramai orang yang berbadan besar untuk menurunkan berat badan.
Walaubagaimanapun, Kevin telah tampil memohon maaf atas isu berkenaan dan beliau sebenarnya tiada niat untk menghina juruterbang tersebut.
Harapnya ia menjadi pengajaran buat semua orang agar tidak mengeluarkan kenyataan yang sensitif di media sosial. Kadang-kadang dalam berkata kita tidak sedar ia boleh mengguris hati orang lain.