Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kevin Zahri Dikecam Netizen Kerana Perlekehkan Juruterbang Berbadan Besar

Siapa yang tidak kenal dengan Kevin Zahri bukan? Kevin aktif menjalankan aktiviti kesihatan dan popular menerusi program untuk menurunkan berat badan iaitu Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M). Kata orang beliau antara “fitness coach” yang cukup berjaya di Malaysia.

Advertisement

Walaubagaimanapun, sejak beberapa hari lepas nama Kevin menjadi trending di Twitter apabila beliau memuat naik satu status di akaun Twitternya yang seakan memperlekehkan juruterbang berbadan besar.

Semuanya bermula apabila penerbangan Kevin daripada Kuala Lumpur ke Brunei lewat selama 30 min.

Berikut adalah tweet Kevin :-


 photo 1.png
Nyata status Kevin itu mendapat perhatian ramai yang rata-rata menganggap kenyataan Kevin itu agak keterlaluan dan Kevin dikecam mempunyai fikiran yang agak sempit.

Malah, sebagai seorang “role model” yang memberi motivasi untuk mereka berbadan besar menurukan berat badan, Kevin sepatutnya tidak boleh mengutuk mereka yang mempunyai bentuk badan berkenaan.

Advertisement

Ada yang berpendapat mungkin juruterbang berkenaan sebenarnya sedang membantu orang lain.

Berikut pula antara komen netizen :-


 photo 5.png
 photo 4.png
 photo 3.png
 photo 2.png

Emmh, pada kami mungkin kenyataan Kevin Zahri itu agak tidak wajar. Janganlah memperlekehkan bentuk badan orang lain.  Apa pula pendapat anda?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top