Isu Peluk Usher : Yuna Bidas Komen Pedas “Haters”

Hiburan

Isu Peluk Usher : Yuna Bidas Komen Pedas “Haters”

Gara-gara video serta foto beliau memeluk penyanyi terkenal Usher ketika mengadakan persembahan Live at The Roots Picnic 2016, Yuna telah menerima kritikan yang cukup panas daripada netizen.

Advertisement

Menerima pelbagai komen negatif, Yuna akhirnya telah tampil membidas setiap kritikan “haters”  dan menyatakan kehadiran beliau dalam industri hiburan bukanlah untuk memuaskan hati semua orang.

Yuna juga menegaskan beliau juga tidak pernah mengejar populariti dan tidak perlu untuk mencetuskan sebarang publisiti murahan.

Khas untuk anda semua yang buat saya ‘trending’ hari ini. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya berada di sini bukan untuk memuaskan hati sesiapa. Terutama buat lelaki yang tidak mempercayai kebolehan wanita. Puas kutuk saya macam-macam, tetapi apabila nampak di pusat beli-belah, anda juga yang mahu bergambar.

Ada satu peratus pembenci dan 99 peratus peminat yang sentiasa menyokong sejak terbabit dalam industri muzik, daripada hari pertama lagi. Jangan sesekali ingat yang saya lupa pada anda.

Pada masa yang sama, Yuna juga sempat untuk “menghentam” serta mengkritik penulis blog.

Ada segelintir penulis blog pun sama. Kalau ada benda menarik, baru nak tumpang. Apabila tiada berita, cari dosa dan buka aib orang, pecah-belahkan bangsa sendiri sebab nak dapatkan trafik di blog dan iklan. Semua sebab nak duit. Jangan ingat saya tak tahu apa yang anda buat untuk hidup. Kita bukannya bodoh.

Apabila isu berkenaan menjadi viral, ada segelintir peminat yang mempercayai apa yang berlaku bukanlah secara sengaja.

Ramai yang berpendapat Yuna sudah cuba untuk mengelak daripada memeluk Usher tetapi terpaksa berbuat demikian kerana menghormati penyanyi antarabangsa tersebut.

Ia sebenarnya terpulang kepada  pemikiran individu yang melihat foto serta video Yuna dan Usher berpelukan. Kalau hanya berfikir negatif, maka akan timbul pelbagai komen pedas. Yuna pun sudah berikan penjelasan, harapnya tiada lagi pihak yang salah faham.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...