Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Isu Luahan Di Twitter : Sharnaaz Ahmad Akui Berpunca Daripada Provokasi Netizen

Kecoh media sosial sepanjang minggu lepas apabila Sharnaaz Ahmad mengeluarkan kata-kata agak kasar di akaun Twitternya yang berbaur sindiran terhadap seseorang. Meskipun tidak menyebuat nama individu tertentu, ramai percaya status Sharnaaz itu ditujukan buat Fattah Amin dan berkaitan dengan pelancaran bukunya.

Advertisement

Gara-gara kenyataan beliau yang agak kontroversi dan pedas, Sharnaaz menerima kecaman daripada netizen.

Walaubagaimanapun, Sharnaaz menerusi Berita Harian berkata, punca amarahnya juga berkaitan dengan netizen yang sengaja mencetuskan provokasi apabila mengaitakan nama Sharnaaz dan orang disekeliling beliau dalam isu #Lofattah.

Selama ini, saya tidak ambil peduli status hubungan mereka dan tidak pernah masuk campur langsung dalam urusan pasangan itu. Jadi, kenapa perlu netizen mengaitkan nama saya, bakal isteri, Noor Nabila dan kedua-dua orang tuanya dalam hal ini? Mereka memaki hamun kami di laman sosial.

Tindakan biadap mereka itu membuatkan saya terpanggil meluahkan rasa. Lebih membuatkan saya marah, apabila kebanyakkan yang bermulut celupar itu peminat fanatik aktor terbabit. Saya tidak akan bertindak jika tiada yang memulakannya dulu.

Advertisement

Dalam pada itu, Sharnaaz menafikan beliau mempunyai sebarang perselisihan faham dengan Fattah. Namun, Sharnaaz mengakui beliau tidak selesa dengan Fattah kerana terdapat aura negatif daripada pelakon berkenaan.

Ditanya adakah beliau menyesal dengan tindakannya, Sharnaaz enggan memberikan komen lanjut. Sharnaaz memberitahu beliau sudah memohon maaf kepada keluarga bakal mertuanya kerana tidak mahu isu panas ini berpanjangan.

Sumber Berita : Hip Berita Harian

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top