“Isu Itu Tak Pernah Dibangkitkan Ketika Dia Masih Berkhidmat..” – Hamid Bador Hilang Hak Untuk Ulas Isu Kartel PDRM

Berita

“Isu Itu Tak Pernah Dibangkitkan Ketika Dia Masih Berkhidmat..” – Hamid Bador Hilang Hak Untuk Ulas Isu Kartel PDRM

Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Tan Sri Sidek Hassan memaklumkan bahawa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador telah kehilangan hak untuk membuat sebarang ulasan mengenai isu kartel dalam institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM), seperti laporan Malaysia Gazette.

Sidek berkata demikian berikutan Hamid telah membuat dakwaan tanpa mengemukakan bukti dan dalam masa sama tidak mengemukakan nama-nama pegawai yang terlibat dalam isu kartel tersebut.

Advertisement
EAICSumber : Astro Awani  

Malah, bekas Ketua Polis Negara itu tidak pernah membangkitkan isu berkenaan dalam mana-mana mesyuarat melibatkan Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM Bukit Aman ketika menyandang jawatan penting itu.

 

Beliau mengakui selaku Ketua Polis Negara tidak pernah membangkitkan mengenai isu kartel ini dalam mana-mana mesyuarat melibatkan Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM Bukit Aman.

Sehubungan itu kata Sidek, Hamid dianggap tidak mengambil tindakan sewajrnya sebelum ini ketika dia masih dalam jawatan.

Hamid BadorSumber : Google  

 

Beliau tidak beri keterangan kepada pihak JIPS Bukit Aman supaya isu kartel ini dapat disiasat dan diselesaikan dan beliau selaku KPN tidak pernah membangkitkan isu kartel dalam SPP.

Sidek berkata demikian bagi membalas kenyataan Hamid yang mendakwa dapatan EAIC sebagai ‘cetek dan tidak betul’.

Dalam pada itu, terdapat saksi dalam siasatan EAIC yang mendakwa kenyataan yang dibuat Hamid pada saat akhir sebelum tugasnya selesai sebagai KPN telah menimbulkan persoalan terhadap motif dan tujuan pendedahan tersebut.

Sidek Hassan sebelum ini ada membuat kenyataan bahawa dakwaan Abdul Hamid mengenai wujudnya isu kartel dalam PDRM itu tidak dapat disahkan serta dibuktikan.

2 years ago

"Makin Banyak 'Eksiden' Lepas Ni.." - Selaraskan Lesen Motosikal Untuk Semua Kelas, Usul PPDM Dipertikai Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...