Berita itu sekaligus menamatkan segala spekulasi mengenai rumah tangga beliau yang mula menjadi viral sekitar hujun tahun lepas.
Jejai dan Fasha masing-masing tidak boleh menahan rasa sedih dan menitiskan air mata mereka selepas prosiding penceraian itu selesai. Malah, ada saksi yang mengatakan Jejai yang hadir bersama adik iparnya dilihat menangis teresak-esak sebaik meninggalkan mahkamah.
Pada mulanya Fasha tidak mahu memberikan sebarang komen tetapi melalui penguamnya Fasha menjelaskan beliau sudah mencuba sebaik mungkin untuk menyelamatkan rumah tangga mereka tetapi takdir sudah menentukan yang sebaliknya.
Buat Fasha beliau redha dengan apa yang telah terjadi dan kini ingin meneruskan kehidupan bersama dua orang anaknya yang masih kecil iaitu Putra Rayfal, 2, serta Putri Raysha Jemyma, 1.
Tidak dapat kami nafikan, kes penceraian Fasha mendapat perhatian bukan sahaja peminat beliau tetapi seluruh rakyat Malaysia. Ramai yang cukup bersimpati dengan nasib beliau dan harus kami akui tiada lagi kes penceraian artis yang begitu menarik perhatian ramai sehingga begini.
Sejak beberapa hari lepas, Instagram Fasha dan setiap medium media sosial dipenuhi dengan ucapan peminat yang mengharapkan agar aktres tersebut kekal tabah dan bersabar.
Berikut antara ucapan peminat di media sosial :-
Manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan menentukan segalanya. Ketika ini, kita doakan yang terbaik sahaja buat Fasha, siapa yang mahu rumah tangga yang dibina atas rasa cinta hancur begitu sahaja bukan? Berhentilah menyebut ianya hukum karma kerana anda tidak berada di tempat Fasha sekarang. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.