Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hubungan Fasha Sandha Dan Jejai Sudah Pulih?

Setelah pelbagai spekulasi tentang rumah tangga Fasha Sandha dan Jejai tersebar termasuk mengaitkan nama Nora Danish dalam masalah berkenaan, nampaknya hubungan mereka seakan sudah kembali pulih.

Advertisement

Ianya boleh dilihat selepas Fasha dan Jejai memuat naik foto mereka berdua menghantar anak pertama mereka, Putra Rayfal ke sekolah.

Walaupun tiada gambar bersama, namun Jejai dan Fasha , masing-masing mengeluarkan gambar bersama anak mereka dalam kereta yang sama menerusi akaun Instagram.

Meskipun Fasha belum membuat sebarang kenyataan mengenai status terkini rumah tangga beliau, peminat sudah mula gembira dengan perkhabaran tersebut.

Advertisement

Ada juga yang memberikan kata-kata semangat buat Fasha dan Jejai agar mempertahakan perkahwinan mereka dan tidak mudah termakan dengan hasutan orang luar.

Jika perkara ini benar,  kami harap Fasha dan Jejai selesaikan masalah mereka dengan baik. Dalam kehidupan rumah tangga pasti akan ada ujian yang mendatang bagi menguji kasih sayang dan kesetiaan pasangan masing-masing.  Apa yang penting anda kenal serta percayakan pasangan anda. InshaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top