Nama pelakon, Sharnaaz Ahmad menjadi bualan hangat apabila dia dikatakan menyindir penyanyi rap, Caprice dalam sesi live di Instagram bersama Shukri Yahya, malam tadi.
Memberi respon kepada sindiran itu, Caprice menganggap pelakon tersebut hanya berani dari jauh. Malah, dia turut mengejek Sharnaaz sebagai ‘sotong’ iaitu watak lelaki lembut yang pernah dilakonkan Sharnaaz sebelum ini.
View this post on Instagram
Terbaru, Sharnaaz menerusi hantaran di Instagram Story berkata dia akan menyelesaikan perkara ini dengan baik. Dia mengaku gurauannya berkenaan isu Caprice ke Jordan untuk misi kemanusiaan sebelum ini mungkin agak keterlaluan.
InsyaAllah, aku dan Caprice akan selesaikan benda ini secara elok di belakang. Dari pihak aku, apa gurauan aku daripada awal, dia di Jordan sampai sekarang mungkin agak keterlaluan.
Oleh itu, sebagai seorang yang lebih dewasa pelakon ini memohon maaf kepada Caprice. Namun semuanya terpulang kepada penyanyi berkenaan sama ada ingin memaafkan atau pun tidak.
View this post on Instagram
Tidak mahu memanjangkan isu, Caprice nampaknya menerima permohonan maaf yang dibuat Sharnaaz itu. Dia turut sama memohon maaf sekiranya ada terlebih kata di hantaran sebelum ini.
Terdahulu, Sharnaaz dipercayai telah menghubungi Caprice di Whatsapp memintanya untuk datang berjumpa di lokasi seperti yang dihantar. Pelakon drama Isteri Mithali ini walau bagaimanapun mendakwa telah disekat penyanyi rap tersebut.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.