Malah, ada pula pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan cerita kononnya Emma mengandung anak luar nikah selepas membaca isu aktres itu di media sosial.
Ingin membersihkan namanya, Emma dan keluarga beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis yang telah memulakan cerita tersebut.
Mengenali penulis itu secara peribadi, Emma agak tidak sampai hati untuk berbuat demikian. Namun, kerana imejnya sudah tercalar sehingga orang ramai percaya beliau menggunakan alat ujian kehamilan itu untuk diri sendiri, Emma akhirnya membuat keputusan untuk menyaman individu berkenaan.
Memang ikutkan ini berkaitan maruah. Saya memang kecewa. Malah keluarga saya juga marah. Keluarga mahu mengambil tindakan undang-undang dalam soal ini memandangkan mereka mahu nama saya dibersihkan, tetapi buat masa sekarang saya serahkan kepada keluarga sahaja.
Membayangkan saya sendiri kenal pihak yang menulis kisah ini memang saya tidak sampai hati.
Erm, sebenarnya semua bermula dengan satu salah faham sahaja tetapi ia sudah dimanfaatkan oleh pelbagai pihak untuk menjatuhkan nama Emma Maembong. Harap Emma bertabah dengan dugaan ini, kami tahu ramai peminat yang akan selalu menyokong anda.