Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Beli Alat Ujian Kehamilan Untuk Kakak : Pekerja Farmasi Salah Anggap Dan Sangka Emma Maembong Hamil

Kesian Emma Maembong, hanya kerana beliau ingin menolong kakaknya Yaya Maembong untuk membeli alat ujian kehamilan, pekerja farmasi  telah tersalah anggap dan menyangka Emma sedang hamil.

Advertisement

Terkejut dan belum sempat untuk memberikan penjelasan sebenar atas salah faham tersebut, pekerja farmasi itu telah membawa Emma untuk berjumpa dengan doktor  dan memberitahu “kes” seperti ini sudah banyak kali berlaku.

Belum sempat saya terangkan dia dah bawa jumpa doktor.  Bila saya nak cakap, dia mencelah sampai saya tak dapat nak terangkan hal sebenar.  Ada juga pelanggan lain yang dengar fasal hal ini.

Sebenarnya kebetulan saya berlakon di hospital tersebut dan kakak saya Yaya minta saya belikan alat ujian kehamilan itu sebab dia tak larat. Bukanlah untuk saya tetapi untuk kakak saya.

Bila diterangkan pada doktor dan doktor itu memahami. Bila ditanya pada pekerja farmasi tersebut, katanya dia teruja sebab Emma yang datang.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Emma yang tidak mungkin akan dapat melupakan kejadian tersebut tetap merasa syukur kerana Yaya telah sah mengandung kini dan bakal menyambut anaknya yang pertama bersama Wan Raja tidak lama sahaja lagi.

Sumber Berita: Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top