Istilah Isteri Pertama Untuk Dihargai, Kedua Untuk Dicintai , UAI Respon – “Ni Hadis Ke Apa? Tak Betul Orang Ni”

Trending

Istilah Isteri Pertama Untuk Dihargai, Kedua Untuk Dicintai , UAI Respon – “Ni Hadis Ke Apa? Tak Betul Orang Ni”

Penangan Abang Tesla, topik poligami menjadi bualan hangat di internet dan mendapat respon ramai pihak bukan sahaja selebriti tetapi juga agamawan.

Kali ini, Ustaz Azhar Idrus (UAI) turut memberi ulasan tentang ayat yang pernah diungkapkan oleh Abang Tesla selepas kisah perkahwinan keduanya tular.

Advertisement

Sebelum ini, lelaki itu pernah menjawab persoalan ramai tentang keputusannya berkahwin dua dan dia menjawab ‘isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai’.

abang tesla kahwin lain

Menerusi ceramah baru-baru ini, UAI mempersoal dari mana datangnya istilah yang dikatakan Abang Tesla dan adakah ia dari hadis.

Menjawab ringkas soalan itu, UAI berkata orang yang berfikiran dan berkata begitu (Abang Tesla) sudah tidak betul dan jawapan itu disambut dengan gelak tawa para jemaah.

Tambahnya, hidup kita perlulah mengikut hadis dan bukanlah kata-kata netizen mahu pun status yang ditulis di media sosial pada zaman sekarang.

UAI juga turut menegur masyarakat yang suka menulis di media sosial tanpa memikirkan sama ada ia salah dari segi akidah, agama dan syarak.

Ingat tu, hidup kita kena berlandaskan hadis bukan kata-kata netizen!

Abang tesla
8 months ago

"Dia Hantar Lagu Pada Saya" - Abang Tesla Imbau Perkenalan Dengan Isteri Kedua, Akui Rasa 'Getar' Bila Bersama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...