“Dia Hantar Lagu Pada Saya” – Abang Tesla Imbau Perkenalan Dengan Isteri Kedua, Akui Rasa ‘Getar’ Bila Bersama

Trending

“Dia Hantar Lagu Pada Saya” – Abang Tesla Imbau Perkenalan Dengan Isteri Kedua, Akui Rasa ‘Getar’ Bila Bersama

Pensohor media sosial, Abang Tesla menerusi Gempak tampil berkongsi pengalaman berkenalan dengan isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd Hanafi yang dinikahi 18 Ogos lalu.

Perkongsian eksklusif Abang Tesla atau nama penuhnya, Mohammad Khaliltizam Yusri itu memaklumkan bahawa dia menikahi Syafiqa selepas beberapa bulan berkenalan.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khal Iltizam (@abg.tesla)

Ujarnya lagi, dia berkenalan dengan wanita itu menerusi platform media sosial selama 6 bulan sebelum menikah pertengahan bulan Ogos.

Kami berkenalan melalui Insta Story, dia hantar lagu pada saya. Kami kenal begitulah.

Namun apa yang penting buat Abang Tesla adalah perkahwinan tersebut direstui seluruh keluarga.

Saya dapat rasa ‘getar’ bila bersama. Susah nak cakap. Tapi yang penting keluarga kami restu. Saya pun berkahwin dengan cara yang betul.

Tambah Abang Tesla, dia ada belajar secara mendalam sebelum mengambil keputusan untuk berpoligami tentang bagaimana cara untuk lebih menghargai isteri.

@bukanabgtesla

Gelprenn pun besooo ? #abgtesla #abangtesla #poligami #syafiqahhanafi #fyp #fyp? #fyp??viral #fypage #kautigakancintaku #kakmaj

? original sound – BukanAbgTesla – BukanAbgTesla

Doakan kami. Kita tak tahu kehidupan pada masa hadapan semua orang. Jadi doa yang baik-baik.

Terdahulu, nama Abang Tesla mula menjadi tumpuan apabila dia ada memuat naik video saat dia memaklumkan pada isteri pertama, Nurmajdina Jamari tentang keputusannya untuk bernikah lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Abang tesla bini kedua
9 months ago

"Kita Je Yang Lalai.." - Tular Video Abang Tesla Belikan Cincin Untuk 'Girlfriend', Foto Isteri Kedua Turut Kelihatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...