Penangan Abang Tesla, topik poligami menjadi bualan hangat di internet dan mendapat respon ramai pihak bukan sahaja selebriti tetapi juga agamawan.
Kali ini, Ustaz Azhar Idrus (UAI) turut memberi ulasan tentang ayat yang pernah diungkapkan oleh Abang Tesla selepas kisah perkahwinan keduanya tular.
Sebelum ini, lelaki itu pernah menjawab persoalan ramai tentang keputusannya berkahwin dua dan dia menjawab ‘isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai’.
Menerusi ceramah baru-baru ini, UAI mempersoal dari mana datangnya istilah yang dikatakan Abang Tesla dan adakah ia dari hadis.
Menjawab ringkas soalan itu, UAI berkata orang yang berfikiran dan berkata begitu (Abang Tesla) sudah tidak betul dan jawapan itu disambut dengan gelak tawa para jemaah.
Tambahnya, hidup kita perlulah mengikut hadis dan bukanlah kata-kata netizen mahu pun status yang ditulis di media sosial pada zaman sekarang.
UAI juga turut menegur masyarakat yang suka menulis di media sosial tanpa memikirkan sama ada ia salah dari segi akidah, agama dan syarak.
Ingat tu, hidup kita kena berlandaskan hadis bukan kata-kata netizen!