Isteri Tak Faham Bahasa, Azlan Komeng Dedah Hakim Mahkamah Syariah Gelak Dengar Penjelasan Isu Cerai – “Dia Kacukan Siam Dan Sepanyol”

Hiburan

Isteri Tak Faham Bahasa, Azlan Komeng Dedah Hakim Mahkamah Syariah Gelak Dengar Penjelasan Isu Cerai – “Dia Kacukan Siam Dan Sepanyol”

Pelakon Azlan Komen tampil memberi penjelasan mengenai isu perceraian yang diumumkan isteri, Nur Nilam sebelum ini.

Ujar pelakon itu, dia dan isteri sebenarnya mengalami sedikit salah faham ketika berbincang mengenai hal-hal perniagaan selain turut menafikan ada melafazkan kata-kata cerai ketika bertengkar.

Advertisement

Sebenarnya kami ketika itu sedang bergaduh mengenai perniagaan. Sekarang ini, kami sedang perlahan-lahan menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menyertai ‘event’ dan sebagainya.

Waktu itu saya cakap dalam keadaan marah, ‘kau buat jalan kau, aku buat jalan aku’. Kebetulan pula waktu itu saya tengah marah, saya terus keluar rumah, tapi isteri saya ni pula anggap saya menceraikan dia.

Lepas tu, dia terus buat kenyataan yang dah bercerai dengan saya angkara orang ketiga dan sebagainya.

Jelas Azlan lagi, perkara itu terjadi kerana Nilam bukanlah wanita berketurunan Melayu sebaliknya berasal dari kacukan Siam dan Sepanyol.

Dia belajar Bahasa Melayu daripada bahasa-bahasa daripada buku yang kebanyakkannya memang baku dan formal. Jadi dia akan selalu salah faham setiap kali saya cakap bahasa yang tak formal.

@puan_nurnilamortiz_

Tak perlu mencari nanti datang la jodoh, jangan mengesa nanti yang dapat yang odoh?#AkN? #NN? #AMK? #SPAINXTHAI #wifeazlankomengSAH #nurnilamORTIZ

? original sound – Puan Nilam

Malah, ketika mendapatkan kepastian mengenai lafaz cerai di Mahkamah Syariah, Azlan berkata hakim turut ‘tergelak’ setelah diberikan penjelasan mengenai isu tersebut.

Saya terangkan pada Hakim mengenai perkara ini dan pihak mereka pun gelak mendengarnya. Isu ini dah selesai sebab saya tak jatuh pun lafaz cerai jadi memang tiada isu perceraian antara saya dan isteri. Saya memang tak sebut langsung perkataan cerai atau pun talak.

Sekadar info, Azlan dan Nilam telah mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 yang lalu dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

azlan komeng
12 months ago

"Saya Manusia Biasa. Kami Bergaduh Besar, Abang Terlafaz" - Lafaz Talak Tak Sah, Nur Nilam Kembali Pada Azlan Komeng

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Ohbulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...