Isteri Sibuk Bertanding Program Realiti, Artis Popular Ini Didakwa Kembali Curang?

Hiburan

Isteri Sibuk Bertanding Program Realiti, Artis Popular Ini Didakwa Kembali Curang?

Memetik satu portal hiburan, seorang artis wanita ini khabarnya sudah letih memendam rasa gara-gara suami tersayang kembali mengulangi perangai lama.

Difahamkan, suami kepada selebriti wanita itu sedang sibuk menjalani penggambaran drama di negeri pantai timur dan si isteri pula sedang bertungkus lumus bertanding dalam sebuah program realiti TV.

Advertisement
CurangSumber : Google  

Jika dahulu, si suami pernah ‘kantoi’ curang dan sudah menginsafi perbuatannya selain tekad merubah sikap dengan menyertai program keagamaan bagi memantapkan lagi iman di dada.

Si suami yang juga penyanyi terkenal itu dikhabarkan mengulangi semula perangai lama apabila dia didakwa ‘bermesra-mesra’ dengan pelakon lain di set penggambaran.

Malah, selebriti wanita itu juga tertumpah air mata kekecewaan apabila meluahkan perasaan yang berbuku di hati ketika hadir di sebuah majlis perkahwinan baru-baru inii.

Mungkin terlalu lama menyimpan perasaan, selebriti itu menceritakan segala-galanya dan mendedahkan bahawa si suami telah mencuranginya lagi.

Tom Fuad
2 years ago

"Suami Pun Pandai Uruskan.." - Fuad Rahman & Tom 'Kantoi' Umum Sebenarnya Dah Bernikah?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...