“Isteri Saya Tahu Je” – Nak Lakonan Nampak ‘Natural’, Hisyam Hamid Suruh Scha Panggil ‘Baby’ Di Set Penggambaran

Hiburan

“Isteri Saya Tahu Je” – Nak Lakonan Nampak ‘Natural’, Hisyam Hamid Suruh Scha Panggil ‘Baby’ Di Set Penggambaran

Pelakon Hisyam Hamid dan Scha Elinnea kini menjadi bualan apabila keserasian mereka menerusi drama yang sedang ditayangkan, Kerana Aku Isteri Bidaan mendapat perhatian penonton.

Hisyam yang membawa watak Farel itu menceritakan tentang rahsia di sebalik ‘chemistry’ antaranya dan Scha yang dilihat oleh peminat di kaca televisyen.

Advertisement

Menurut mStar, pelakon berusia 37 tahun itu akui meminta Scha untuk memanggilnya dengan panggilan ‘baby’ atau ‘b’ ketika berada di set penggambaran.

Katanya ia bertujuan untuk memberikan impak ‘natural’ ketika melakonkan babak bersama.

Bagaimanapun, Hisyam berkata panggilan tersebut bukan bermaksud dia mahu menggatal dengan Scha, malah isterinya sendiri tahu tentang perkara itu.

Saya sendiri suruh Scha panggil ‘b’ atau ‘baby’ di set penggambaran. Sebab nak wujudkan keserasian, supaya bila penonton tengok, nampak natural panggilan itu.”

Jelasnya lagi, panggilan itu hanyalah terhad ketika di set penggambaran dan Scha tidak memanggilnya ‘baby’ atau ‘b’ setiap kali selepas mereka selesai ‘shooting’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hisyam hamid dukung scha elinnea
6 bulan lalu

"Dah Cuba Elak Tapi.." - Lakon Babak Dukung Scha Elinnea, Hisyam Hamid Digelar 'Zul Ariffin 2.0'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...