“Isteri Saya Ni Baik Belaka, Masya-Allah..” – PU Riz Kongsi ‘Resipi’ Rumah Tangga Bahagia, Tips Dan Doa-Doa Untuk Peminat

Hiburan

“Isteri Saya Ni Baik Belaka, Masya-Allah..” – PU Riz Kongsi ‘Resipi’ Rumah Tangga Bahagia, Tips Dan Doa-Doa Untuk Peminat

Pendakwah selebriti, PU Riz baru-baru ini telah berkongsi mengenai doa serta tips yang sering diamalkan bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga yang dibina bersama isteri, Neelofa.

Kongsi PU Riz atau nama sebenanrya Muhammad Haris Mohd Ismail, dia mendapat inspirasi dan doa-doa tersebut daripada orang sekelilingnya yang sudah berumah tangga hampir 30 tahun.

Advertisement

Saya ada pakcik yang dah kahwin 30 tahun, Saya terinspirasi dan saya tanya macam mana nak kekalkan hubungan rumah tangga dan dia kata dia baca doa letak tangan atas kepala isteri.

Maksudnya doa tersebut ialah ‘Ya Allah aku minta kebaikan atas isteri dan kebaikan yang telah Engkau takdirkan kepada dia. Begitu juga doa Nabi Muhammad SAW baca di bahagian kedua ‘Ya Allah aku mohon berlindung dari keburukan isteri aku dan keburukan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas diri dia’.

Dia dalam pada itu turut menyifatkan Neelofa sebagai seorang yang baik terhadap dirinya dan juga anak-anak.

Isteri saya ini baik belaka masya-Allah, saya baca setiap hari pada isteri supaya orang yang terdekat dengan kita ni memberi kebaikan kepada kita dan dapat menjalani kehidupan dalam bahtera yang baik. Insya-Allah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih buat PU Riz yang tidak lokek berkongsi rahsia rumah tangga bahagia bersama peminat.

Sekadar info, Haris dan Neelofa telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Bilal dan juga Abdullah Abbas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kaka azraff
12 months ago

"Wtf, F*cking Fagg*t!" - Komen Perkataan Tidak Sopan Di Akaun IG Pelakon Pro-Isr*el Punca Kaka Azraff Digugurkan Dari Warner Music

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...